“Maaf, janji tangguh bayar PTPTN tak dapat dilaksanakan!” -Pengerusi PTPTN.

Kuala Lumpur, 10 Nov: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menurut laporan Malaysiakini,  hal itu diputuskan selepas “melihat hutang negara yang tinggi dan keperluan pelajar baru yang memerlukan dana, hasil bayaran balik peminjam terdahulu.”

“Saya nak buat pengumuman, saya nak buat permohonan maaf kepada saudara saudari dan rakyat.

“Ramai tuntut Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gajinya di bawah RM4,000.

“Saya dah berbulan-bulan fikir bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang di perolehi bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan,” -Wan Saiful.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Aswara, hari ini.

Menurutnya, beliau merangka manifesto HARAPAN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu termasuk janji berkaitan PTPTN setelah mendapat input daripada pelbagai pihak.

“Ketika itu saya tak tahu hutang negara dan hutang PTPTN banyak dan (kini) hutang yang kami tanggung dah jadi bebanan negara,” – Wan Saiful

Kerajaan Pakatan Harapan sering menggunakan alsan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trillion sebagai alasan tidak dapat menunaikan janji manifesto.

Pada Isnin 5 November, aktivis PTPTN, Adam Adli menuntut menteri pendidikan, Dr Maszlee atau lebih dikenali sebagai MasTot supaya memohon maaf kerana gagal menunaikan janji penangguhan pembayaran PTPTN.

Adam Adli ketika demo anti PTPTN pada 2012.

Apa perlu bapak menteri pelajaran kita; yang aku kenang sebagai orang baik, gemar berhujung minggu dengan teman-teman tak berumah di ibu kota, renung prestasi diri setelah beberapa purnama ini?

Tak akan sekelumit kata maaf pun susah nak ditutur dek gagal memenuhi apa yang dijanjikan sendiri? Terlalu tinggikah duduknya hari ini sampai tiada rendah diri lagi dalam perkataan?

Bahaya bapak menteri. Bahaya. Untung masih ada teman-teman yang terus bersuara. Hingar-bingar itu tanda orang peduli. Diam tanda orang sudah jauhkan diri, putus asa sama sekali.” – Adam Adli. 

Janji Mastot setelah menjawat jawatan Menteri Pendidikan. 

Untuk rekod, menteri kewangan, Lim Guan Eng atau lebih dikenali sebagai Nobita mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1000 sebulan akan dipotong gaji mereka antara 2% hingga 15% untuk tujuan pembayaran balik PTPTN.

“Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan,” – Nobita, Menteri kewangan. 

Pada perkembangan berkaitan bekas perdana menteri, Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby mendakwa anak muda sudah terkena kencing oleh Pakatan Harapan berhubung janji penangguhan bayar PTPTN tersebut.

f815b35951dd8641ceed54fc5838c30c.jpg
Jibby sewaktu program bersama macainya. 

“PTPTN ini, ada ramai anak muda jumpa saya dia mengundi PH kerana janji kalau gaji tak sampai RM 4,000, PTPTN tak perlu bayar. Dia menggambarkan boleh jimat RM300 sebulan tak payar bayar.. bila dengar ucapan Belanjawan ( Lim Guan Eng), saya tunggu-tunggu bab ini.

Yang keluar pula, kalau gaji RM 1,000 ke bawah, tak payah bayar. Gaji Mat Bangla yang potong rumput di lapangan golf itu, gaji dia pun lebih dari RM1,000! Mana ada graduan gaji bawah dari RM1000! Jadi semua atas pada seribu. Jadi  kena bayar. Daripada tak bayar kena bayar,  potong (gaji) daripada 2%-15%.  Pada zaman saya ada diskaun, tak mampu boleh runding…

Sekarang ini yang dijanji tak payah bayar… anak muda dah kena kencing!” – Najib Razak. 

Penangguhan pembayaran PTPTN merupakan beberapa janji Pakatan Harapan yang telah dicapati cicah kari tomato setelah memenangi PRU14. Selain itu, janji penghapusan tol juga tidak ditunaikan. -TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) atau melalui Billplz di sini

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.