Jufazli dilepaskan dari lokap, kemudian ditahan semula.

Kuala Lumpur, 20 Mac : Aktivis Jufazli Shi Ahmad yang baru dilepaskan dari lokap dengan jaminan polis di IPD Dang Wangi tengah hari tadi, ditahan semula oleh pihak polis.

Peguam beliau, Syed Amirul yang dihubungi Buletin TTKM berkata tahanan reman 5 hari yang diperoleh pihak polis berakhir hari ini.

“Tahanan reman lima hari itu sepatutnya tamat hari ini. Semalam saya berhubung dengan IO kes ini dan beliau  memaklumkan hari ini boleh datang (untuk Jufazli dibebaskan) kerana ingin memberikan jaminan polis sementara menunggu pertuduhan. Saya hadir bersama rakan kongsi saya Azri Arif, beserta keluarga Jufazli termasuk kakak, adik lelaki dan abang ipar beliau.” – Syed Amirul

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Jufazli dilepaskan, pihak polis dari Bukit Aman telah bertindak menahan beliau semula di perkarangan IPD Dang Wangi.

54279402_357228274995464_7939973974165815296_n.jpg
Peguam Jufazli di luar IPD Dang Wangi. Gambar oleh Khalid Ismath.

Tambah Syed Amirul lagi, Jufazli disiasat di atas dua akta iaitu Seksyen 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia  untuk kedua-dua penahanan.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya oleh pihak peguam, Syed Amirul berkata beliau akan membantah permohonan reman yang akan didengar esok di IPD Dang Wangi.

Pada Sabtu lalu, Jufazli ditahan di rumah kakaknya dekat Cheras pada awal pagi, di mana penahanannya itu disiarkan secara langsung melalui akaun facebooknya.

Video tersebut tular di media sosial yang setakat ini mendapat lebih 10k perkongsian dan 784k paparan.

Dalam satu video berdurasi 58 minit 19 satu itu, menurut laporan FMT, Jufazli berulang kali menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan membuat pakatan sulit dengan presiden PAS Hadi Awang dan bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Beliau juga mendakwa Mahathir sebenarnya bukan takut dengan Anwar Ibrahim, tetapi dengan beliau.

“Mahathir bukan takut Anwar Ibrahim, tapi Mahathir takut dengan saya, Jufazli Shi Ahmad.”  – Jufazli Shi Ahmad

Jufazli dilaporkan ditahan kerana laporan polis yang dibuat keatasnya berhubung vlog di facebook beliau yang menghina perdana menteri, Tun Dr Mahathir. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.