SKMM siasat kes hina Agong di media sosial

CYBERJAYA, 12 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan ke atas pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Menurut satu kenyataan, siasatan dibuat susulan pihak yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik imej ubah-suai yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman facebook semalam.

“Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima SKMM daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

“SKMM juga telah dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan,” 

Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,”

Buletin TTKM mendapati laman facebook yang menaikkan hantaran yang jelik dan gambar yang diubahsuai itu adalah laman facebook “Sabah-Sarawak-Merdeka” yang boleh diakses di sini : https://www.facebook.com/Sabah-Sarawak-Merdeka-165274130237053/

Laman tersebut yang mula dicipta pada 27 November 2011 kini mendapat 9k tanda suka.

Sekurang-kurangnya enam hantaran oleh laman facebook tersebut berunsur jelik iaitu:

  1. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2162950883802691/?type=3&theater

2. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2163098853787894/?type=3&theater

3. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2163249707106142/?type=3&theater

4. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2163776560386790/?type=3&theater

5. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2164273287003784/?type=3&theater 

6. https://www.facebook.com/165274130237053/photos/a.165416903556109/2164430520321394/?type=3&theater

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version