Video semburit : Haziq berdepan 26 tahun penjara?

HAZIQ AZIZ BERDEPAN 26 TAHUN PENJARA?

Oleh : Dr Kamarul Yusoff

Berdasarkan 4 kertas siasatan yang dibuka kepada Haziq Aziz yang ditahan di KLIA sewaktu dijadualkan berlepas ke Manila semalam, maka didapati bahawa, jika didakwa dan disabitkan, beliau berdepan dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh enam tahun selain hukuman denda dan sebat.

Paling serius adalah siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: “Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat”.

Ini diikuti oleh siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: “Barang siapa (a) menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau dengan apa-apa cara mengedarkan, atau bagi maksud menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas, rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah; hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.

Seterusnya adalah siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: “Barang siapa dengan sengaja mengaibkan, dan dengan jalan demikian itu mendatangkan bangkitan-marah kepada mana-mana orang, dengan maksud atau dengan mengetahui mungkin bahawa bangkitan-marah itu akan menyebabkannya memecahkan keamanan awam, atau melakukan apa-apa kesalahan lain, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.

Terakhir adalah adalah siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan: “Seseorang yang (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain… apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”

Berani buat berani tanggung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.