Gegantung kaligrafi cina, Lim Guan Eng kantoi?

Oleh Editorial TTKM

Baru-baru ini , Menteri kewangan, Lim Guan Eng telah ditanya mengenai gegantung kaligrafi cina yang digantung di pejabat rasminya yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana dikatakan membelakangi bahasa kebangsaan.

FB_IMG_1561612140389.jpg

Beliau mempertahankan dirinya dengan berkata ia dipasang ketika tahun baru cina.

Untuk menunjukkan beliau meraikan kepelbagaian, Lim Guan Eng turut berulang kali mengatakan di pejabat beliau juga ada digantungkan kaligrafi ayat Quran, di mana beliau mempersoalkan pula mengapa ini tidak dibangkitkan.

“Ini telah disiarkan semasa tahun baru cina. Ia dipasang ketika tahun baru cina. Tapi mengapa siarkan ini tak mau siarkan itu ayat quran yang juga ada dalam pejabat saya. Ini dilakukan ketika tahun baru cina. (Sudah lama) Bila tahun baru cina? Ini pun telah masuk ke facebook saya masa tahun baru cina, bukan perkara baru. Tapi pun ada ayat surah quran yang juga ada dalam bilik saya. Mengapa ini tidak ditunjukkan. So, janganlah saudari terjerumus dengan permainan rasis dan ektrimis pihak-pihak mereka yang sokong parti pembangkang.” – Lim Guan Eng.

Buletin TTKM melakukan siasatan di laman facebook Kementerian Kewangan dan memeriksa hantaran yang dilakukan laman tersebut sejak Tahun Baru Cina 2019.

Dan hasil siasatan kami agak memeranjatkan.

Untuk rekod, tahun baru cina disambut pada 5 februari 2019.

Sehari sebelum itu, laman facebook kementerian kewangan ada menaikkan status mengenai perayaan tersebut.

4 feb.JPG
Tangkap layar FB Kementerian Kewangan, 4 Februari 2019.

Pada 14 Februari pula, sambutan rasmi kementerian kewangan diadakan di kompleks kementerian kewangan.

14 feb.JPG
Tangkap layar FB Kementerian Kewangan, 14 Februari 2019.

Ini pula keadaan pejabat beliau pada 17 Februari, 3 hari selepas sambutan rasmi kementerian dan 12 hari selepas Tahun Baru Cina. Tiada didapati gegantung kaligrafi Cina! Ini yang bertentangan dengan dakwaan beliau bahawa “ ia dipasang ketika tahun baru cina.”!

17 feb.JPG
Tangkap layar FB Kementerian Kewangan, 17 Februari 2019

Gegantung kaligrafi cina itu sebenarnya mula ditampilkan ketika hantaran bertarikh 21 Februari 2019, 16 hari selepas tahun baru cina, lihat gambar di bawah:

21 feb.JPG
Tangkap layar FB Kementerian Kewangan, 21 Februari 2019

Kami meneliti lebih dalam dan mendapati pada ketika itu, Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat dari Pengerusi dan Wakil Eksekutif Korporat MUFG Bank, Encik Kanetsugu Mike.

21 februari 2.JPG

Persoalannya di sini, jika Lim Guan Eng mendakwa gegantung kaligrafi itu dipasang ketika tahun baru cina, mengapakah selepas 12 hari sambutan tahun baru cina, ia masih tidak dipasang? Malah 3 hari selepas sambutan rasmi di kementerian kewangan pun kaligrafi itu masih tidak kelihatan di pejabat beliau.

Buletin TTKM juga mendapati MUFG Bank sebelum ini dikenali sebagai BANK OF TOKYO-MITSUBISHI UFJ (MALAYSIA) BERHAD.

Adakah kaligrafi cina itu mula dipasang pada 21 februari hanya untuk ditunjukkan ketika lawatan rasmi dari bank jepun, MUFG Bank itu?

(Untuk rekod, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 25th July 2012, beliau merasmikan cawangan BANK OF TOKYO-MITSUBISHI UFJ (MALAYSIA) BERHAD Pulau Pinang. Boleh baca di sini )

Dan jika benarpun beliau mendakwa ia dipasang sempena tahun baru cina, kenapa sudah 4 bulan ia tidak diturunkan? Adakah beliau ingin menyamakan pejabat rasmi kerajaan dengan kediaman atau pejabat parti beliau? Sedangkan hiasan sambutan perayaan agama-agama lain pun paling lama digantungkan seminggu dua, mungkin kalau hari raya, sebulan selepas perayaan akan diturunkan!

Isu ini remeh, tapi sebenarnya ia menunjukkan sikap sebenar Lim Guan Eng sebagai setiausaha DAP, parti yang dilihat mewakili majoriti kaum cina, walaupun seboleh mungkin mereka cuma menunjukkan parti itu berbilang kaum dengan melantik beberapa kerat orang melayu dalam parti tersebut.

Untuk rekod, sebaik sahaja dilantik sebagai menteri kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan beliau sebagai rakyat Malaysia, dan melihat dirinya bukan sebagai orang cina.

Beliau berkata demikian apabila ditanya wartawan tentang orang cina pertama dilantik ke jawatan tersebut selepas 44 tahun.

“Saya orang Malaysia. Saya tidak lihat diri saya sebagai orang cina” – Lim Guan Eng.

Cuba tanya soalan yang sama kepada beliau sekarang, apa jawapannya.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.