Memo syarikat di Klang larang pekerja Islam solat tular.

Klang, 1 Ogos : Satu memo dari sebuah kilang di Klang yang melarang pekerja Islam solat di luar waktu rehat tengah hari tular di media sosial hari ini.

Menurut memo itu lagi, sesiapa yang didapati solat di luar waktu tersebut akan didenda sebanyak RM500.00.

Buletin TTKM menghubungi bahagian HR syarikat terbabit pagi tadi tetapi gagal kerana pihak terbabit sedang ‘menghadiri mesyuarat’.

Sementara itu, di media sosial rata-ratanya netizen mengkritik syarikat terbabit kerana dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja beragama Islam – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version