Petisyen desak Dong Zong diharamkan mendapat lebih 40k tandatangan selepas sehari dilancarkan.

Kuala Lumpur, 12 Ogos: Petisyen mendesak supaya  Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong diharamkan mendapat lebih 40k tandatangan selepas sehari dilancarkan.

Setakat hari ini, petisyen tersebut mendapat 44,948 tandatangan.

Petisyen itu yang dilancarkan oleh NGO berhaluan kanan, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggunakan platform Change.Org. ditujukan kepada perdana menteri, Tun Dr Mahathir dan ROS.

Buletin TTKM difahamkan petisyen ini dilancarkan sebagai tindak balas kenyataan Dong Zong dua hari lepas yang berkata akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan untuk menegaskan bantahan terhadap pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Berikut merupakan teks penuh petisyen tersebut:

Baru-baru ini, kerajaan mahu memperkenalkan khat tulisan jawi di sekolah vernakular kerajaan (SJKC dan SJKT) untuk pelajar tahun 4.

Dong Zong merupakan antara paling awal bermati-matian menentangnya dengan menekan kerajaan dengan pelbagai tuntutan.

Mereka juga mengumpulkan NGO-NGO cina dan india dan menghasut mereka menentang usaha ini.

Akhirnya kerajaan bertolak ansur dengan melonggarkan syarat-syarat implementasinya sehingga pembelajaran ini menjadi pilihan (optional) dan setakat 3 muka surat dalam buku teks.

Tidak berpuas hati dengan tolak ansur kerajaan, mereka bermain pula dengan sentimen agama iaitu memfitnah tulisan jawi dan khat sebagai satu usaha islamisasi masyarakat bukan Islam.

Kini, mereka mahu gerakkan satu petisyen membantah tulisan jawi.

Ini menimbulkan fitnah yang besar kepada negara terutamanya umat Islam di Malaysia.

Selain itu, mereka menuntut agar peperiksaan persendirian UEC diterima sebagai tiket untuk masuk ke universiti awam (IPTA) walaupun kerajaan sudah memberikan ruang untuk mereka masuk ke universiti swasta dan universiti kerajaan negeri.

Banyak lagi tindakan ekstrim mereka dalam memaksa kehendak mereka kepada rakyat Malaysia.

Maka, kita tuntut agar pertubuhan Dong Zong ini diharamkan oleh kerajaan dan kami yakin bahawa ada banyak lagi pertubuhan cina yang jauh lebih sederhana, patriotik dan moderat.

Pautan untuk petisyen tersebut boleh diakses di sini : https://www.change.org/p/perdana-menteri-malaysia-petisyen-haramkan-dong-zong 

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.