Hina Fuziah: Bekas wartawan mohon maaf, rasa diri ditipu isu Lynas.

Kuala Lumpur, 17 ogos : Seorang bekas wartawan, Haizal Yatiran sebentar tadi memohon maaf secara terbuka kepada YB Puan Hajjah Fuziah Salleh berhubung  hantaran beliau di facebook yang dikatakan menghina timbalan menteri itu.

Menurut Haizal, sebelum ini beliau merupakan wartawan dan aktivis yang menyokong Fuziah Salleh dalam menentang isu Lynas.

Katanya lagi, tindakan beliau menulis hantaran itu adalah kerana merasa tertipu dengan pendirian kebanyakan ahli kabinet ketika ini berkenaan isu tersebut.

“Tanpa saya sedar, dalam keadaan marah dan kecewa, saya telah menggunakan tiga perkataan yang didakwa telah menyinggung sesetengah puhak berkenaan satu posting di FB. Saya hari ini, dengan rendah diri, memohon maaf secara terbuka kepada Kak G, Fuziah Salleh berkenaan penggunaan perkataan tersebut.” – Haizal Yatiran

Pagi tadi, tiga laporan polis dibuat oleh PKR Pahang berhubung hantaran Haizal yang dikatakan menghina timbalan menteri itu.

Tangkap layar hantaran lelaki terbabit yang dikatakan menghina timbalan menteri, YB Fuziah.

Fuziah dikritik oleh pihak anti Lynas baru-baru ini apabila kabinet memberikan kelulusan memperbaharui lesen kilang tersebut selama 6 bulan lagi.

Ketika pilihanraya lepas, Fuziah merupakan antara pemimpin politik paling kedepan berkempen mendesak kilang milik Australia itu ditutup kerana mendakwa sisa dari kilang tersebut membahayakan penduduk tempatan. -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.