FB group ‘rahsia’ kempen Utamakan Produk Muslim cecah 1.2 juta ahli.

Facebook, 5 Sept: Facebook group ‘rahsia’ kempen untuk “Utamakan produk Muslim” kini mencecah 1.2 juta ahli sejak ia ditubuhkan Januari lalu.

Buletin TTKM mendapati Facebook group bernama Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia ituditubuhkan pada 16 Januari 2019 dan kemudian menukarkan namanya kepada tulisan jawi pada 29 Ogos 2019.

Facebook group rahsia itu menerima penyertaan ahli secara mendadak berikutan kritikan dari perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang berkata kempen boikot mungkin dilakukan oleh mereka yang cetek fikirannya.

Mungkin ada yang cetek fikiran, dia buat benda yang semacam tu tak berkesan, buat apa? Boikot ini satu senjata yang tak berkesan, cuma akan timbulkan kemarahan sahaja. Jadi jangan boikot barang sesiapa pun,” – Tun Dr Mahathir.

Hanya mereka yang menerima jemputan dari ahli sedia ada sahaja yang boleh menyertai Facebook group tersebut.

Logo yang digunakan sebagai profile Facebook group.

Semalam, pejabat perdana menteri mengeluarkan kenyataan jemaah menteri bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Portal Malay Mail melaporkan kempen utamakan produk Muslim dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tentangan masyarakat non-muslim yang membantah pengajaran tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version