Bank kenakan caj tambahan RM2 untuk transaksi di kaunter.

Kuala Lumpur, 18 Sept: Beberapa bank komersil utama telah mula mengenakan bayaran tambahan RM2 untuk transaksi pembayaran kad kredit dan pembiayaan di kaunter manakala RM0.50 untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM).

70209217_10157493028022264_499993798810533888_n.jpg
Caj pembayaran RM0.50 untuk transaksi di CDM,

Buletin TTKM difahamkan bayaran tambahan ini tidak ditunjukkan pada slip pembayaran, sebaliknya ia dicaj ke dalam akaun peminjam.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan bank mengenakan bayaran tambahan tersebut.

Melampau betul. Bayangkan family kat kampung turun Bandar? Bayangkan student university yang kena? Semua lah. Bodoh depa ni”  – Ria Jelita. 

 “Wajib lawan sampai mansuh.diaorg akan buat senyap2 benda2 gini.baru perasan sebulan lepas masa ke bank”- Affendi Mohd Salleh

“Sokong desak bnm keluarkan arahan batalkan charges mengarut “rembat” duit rakyat” – Zeemann Fajir 

Cdm kena 50 sen ok. Tapi kaunter rm 2. 😁. Tak logik, baik tak payah buka kaunter. – Muhammad Amar Abdullah 

Serius memang tak aware langsung benda ni.. tak pernah buat urusan di kaunter. Semua urusan online je. – Raziq Michael

Crazy shit. Paling teruk is i’m not aware of this – Abdul Hafiz 

Manakala, seorang pengguna facebook bernama Khairul Azri membuat pengiraan kasar  jumlah keuntungan yang dapat dijana oleh pihak bank dengan bayaran tambahan ini:

Bayangkan. Kalau ada 2 juta peminjam bank,  bayar dikaunter (RM2*12*30= RM720), maka bank akan dapat collect RM1,440,000,000 jika dikumpulkan selama 30 tahun. Kalau sehari transaksi di kaunter bank diseluruh Malaysia ada 10,000 transaksi, maka:

10,000 x RM2 = RM20,000x 365 = RM7,300,000 setahun.

Kalau sehari ada 50,000 transaksi CDM, maka

50,000 x RM0.50 x 365 = RM9,125,000 setahun.

Bank pergi betulkanlah dulu sistem internet bank kau tu before nak caj-caj orang ni. – Khairul Azril

Langkah yang diambil oleh bank-bank ini adalah difahamkan untuk menggalakkan pelanggan mereka menggunakan perbankan internet, di mana tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Buletin TTKM turut menghubungi Bank Negara Malaysia dan mendapati perkara tersebut telah pun mendapat kelulusan dari pihak mereka.

Walau bagaimanapun, pihak yang mahu membantah tindakan bank mengenakan caj tambahan ini bolehlah mengajukan aduan secara talian di https://telelink.bnm.gov.my/ – Buletin TTKM.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.