“Saya sosialis demokrat, bukan komunis” – ‘Superman’ Hew

Facebook, 27 Okt : Pengarang komik propaganda “Inisiatif Jalur dan Jalan, meraih  Manfaat Bersama” yang diharamkan KDN, “Superman Hew” hari ini mendakwa beliau merupakan seorang sosialis demokrat, dan bukannya komunis.

Bekas ahli DAP itu berkata demikian dalam satu hantaran di akaun facebooknya.

“我是社会民主主义者(social democrat),或曰民主社会主义者(democratic socialist),绝对不是共产主义者(communist)。

我曾经担任社会党青年国际联盟(international union of socialist youth)的全球副主席,所以我怎会是共产党人?” – ‘Superman’ Hew

Terjemahan : “Saya seorang sosialis demokrat, dan saya sudah tentunya bukan seorang komunis. Saya sebelum ini menjawat jawatan naib presiden Kesatuan Belia Sosialis Antarabangsa, bagaimana pula saya boleh menjadi seorang komunis?” – ‘Superman’ Hew.

Beliau turut meminta kementerian dalam negeri dan UMNO yang beliau sifatkan sebagai daulah terpendam (deep state) supaya membuat sedikit kerja rumah (home work) sebelum memburukkanya sambil memberikan pautan kepada artikel di wikipedia.

巫统/回教党/内政部等deep state要污蔑人,也请做点功课。
大家不想被忽悠,请看link  – ‘Superman’ Hew

Terjemahan:  “Daulah terpendam seperti UMNO/ belakang / Kementerian Dalam Negeri akan memburuk orang, sila buat kerja rumah. Mereka yang tidak mahu diperbodohkan, sila lihat pautan ini.”‘Superman’ Hew

 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156778486502406&set=a.10150977896702406&type=3&theater

Pada Khamis lepas, ‘Superman’ Hew meletakkan jawatannya sebagai CEO Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-China (MCBC)  sehari selepas komiknya diharamkan oleh KDN.

Menurut satu kenyataan kementerian dalam negeri, komik tersebut diharamkan antaranya kerana cuba mempromosikan ideologi komunisme.

  • terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.
  • cuba mempromosikan ideologi komunisme dan  sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis. Ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh/pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.
  • .tdak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan  perpaduan masyarakat di negara ini.

– Kementerian Dalam Negeri.

Lantaran itu, KDN telah melakukan serbuan ke beberapa lokasi dan merampas beberapa naskhah komik terbabit. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.