Redzuan tinjau produk ‘super drone’ di Subang.

Kenyataan Media.

LAWATAN YB MENTERI MED MENINJAU PRODUK SUPER DRONE Dl SUBANG
PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2019 –

YB Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof telah meninjau Super Drone atau “manned aerial vehicle” di Subang pada hari ini susulan jemputan yang diterima daripada usahawan tempatan, Eastcap Berhad yang bekerjasama dengan syarikat luar negara yang membawa dron tersebut.

Lawatan tertutup (private viewing) ke atas usahawan seperti ini merupakan satu amalan biasa dijalankan Oleh Kementerian dan Agensi bagi melihat dengan lebih dekat
kemampuan usahawan. Sebagaimana yang banyak dilaporkan oleh media sebelum ini,
Kementerian juga telahpun memberikan sokongan dan fasilitasi berkaitan kepada
beberapa projek dron dan air ‘nobility yang djalankan Oleh syarikat tempatan dan luar
negara.

51574325174_freesize.jpg
Projek seumpama ini dapat menggalakkan lagi aktiviti R&D dalam industri aeroangkasa
dan air mobility menerusi usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat
antarabangsa dalam bidang assembly dan pembuatan parts & components serta
menggunakan teknologi terkini merangkumi big data, artificial intelligence (A1) dan
Internet Of Things (IOT). lanya merupakan inisiatif swasta (private driven initiative) yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak Kerajaan.
Menurut YB Menteri, “Sebagai Kementerian yang menerajui pembangunan
keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan terus menyokong
dan memudahcara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi, selaras
dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) — di bawah Teras Strategik 5
untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti
aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi
dan industri halal.” Tambah beliau, “MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara
berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030. Walaupun begitu, usahawan-usahawan yang
ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan undang-
undang sedia ada dan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa
di negara ini terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti
berkaitan’.
YB Menteri juga telah menerima penerangan tentang perancangan syarikat tersebut
untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan fasiliti pemasangan “manned aerial
vehicle” sebanyak 10,000 unit setahun dengan pewujudan 2,000 peluang pekerjaan
untuk pasaran eksport dengan Negara yang dikenal pasti oleh usahawan ini.
MED juga menggalakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih
Cyberjaya sebagai platform test-bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu
termasuk autonomous, dron dan air mobility. Dalam hubungan yang sama, pihak
Kementerian juga sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai keperluan
mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan holistik bagi menyokong
perkembangan industri ini di samping memperkasakan ekosistem sedia ada.
Pejabat Setiausaha Akhbar
Menteri Pembangunan Usahawan
21 November 2019

78569539_527762531113858_3706655380307181568_n

76688921_527762584447186_2758116598924443648_n

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.