(Video & teks penuh): “Wallahi, Wabillahi, Watallahi.. saya tidak mengarahkan pemb*nuhan Althantuya..” – Najib buat sumpah laknat

Kuala Lumpur, 20 Disember: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melafazkan umpah laknat menafikan dakwaan bahwa beliau mengarahkan pembun*han Althantuya Sharibu sambil menambah tidak mengenali sama sekali warga Mongolia terbabit.

Sumpah laknat tersebut dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru disaksikan ribuan jemaah selepas selesai solat jumaat.

najib sumpah

“Saya Muhamad Najib Bin Tun Abdul Razak dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bersumpah seperti berikut.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, 

Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif, sehingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia, yang bernama Althantuya Sharibu.

Malah saya tidak pernah berjumpa, dan tidak mengenali mendiang sama sekali.

Jika saya berdusta, maka laknat Allah S.W.T atas diri saya.

Jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah S.W.T.”

-Datuk Seri Najib Razak

Beliau mengakhiri sumpah laknat tersebut dengan melaungkan takbir “Allahu Akbar” sambil disambut oleh jemaah berselang-seli.

Image may contain: 12 people, indoor

Turut hadir di sisi beliau adalah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur  anak sulung mereka, Nooryana Najwa; Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; serta beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Ahmad Maslan dan Abdul Azeez Abdul Rahim.

Terdahulu,  Najib berkata beliau pernah melakukan sumpah tersebut sebanyak dua kali sebelum ini.

Pertama kalinya pada 2007 di Ijok dan kali kedua di Permatang Pauh pada 2008, keduanya sewaktu pilihanraya kecil.

Najib juga mempersendakan dakwaan bahawa beliau mengarahkan pembun*han tersebut dengan memberikan upah sebanyak RM300, di mana menurutnya BR1M adalah lebih banyak dari jumlah itu.

Selain itu, beliau juga berkata sekiranya di dalam SD Azilah ada dakwaan bahawa  Altantuya merupakan seorang perisik, mengapakah mendiang melakukan laporan polis sebelum insiden pembun*han berlaku berlaku kerana biasanya perisik seboleh mungkin mahu merahsiakan kegiatan mereka.

Baru-baru ini, Azilah mengeluarkan akuan bersumpah bahawa beliau diarahkan oleh Najib Razak dan Razak Baginda untuk membun*h Altantuya.

Beliau melakukan akuan bersumpah tersebut sebagai dokumen sokongan meminta semakan semula hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Najib bagaimanapun mendakwa akuan bersumpah tersebut merupakan konspirasi fitnah Pakatan Harapan untuk mendiamkan beliau kerana tuduhan membunuh tidak boleh diikat jamin.

Semakan semula kes tersebut akan dilakukan pada April tahun depan- Buletin TTKM-

Video kredit FB Najib Razak:

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.