Laporan FMT fitnah – Dr Maszlee

Oleh : Dr Maszlee Malik.

Ini adalah fitnah.

Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

Malah apa kaitannya dengan KPM?

Anda semua boleh semak dengan warga KPM. Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan.

Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini.

Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa.

Saya mohon agar fitnah sebegini dihentikan segera oleh sesiapa sahaja dalangnya, dan saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan.

Terima kasih.


 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.