Keluarga ingkar PKP: Polis Johor kongsi kisah menyayat hati

Johor Bharu, 27 Mac: Kisah menyayat hati mengenai pasangan suami isteri dan seorang anak yang berada di taman permainan dikongsikan oleh laman facebook Polis Johor.

Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor  memberi nasihat kepada mereka supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah,

Walaubagaimanapun, si isteri kemudian terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

Pegawai polis kemudian  telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan. – – Polis Johor

Menurut hantaran facebook itu lagi, yang membuatkan hati pegawai polis tersebut tersentuh adalah  anak kecil itu hanya diberi minum milo bercampur gula.

Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik,

Si Suami didapati telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja.

Si Isteri pula merupakan seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

“Ucapa terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan semoga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan. ” – Polis Johor

Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi tambahan petang ini dimana beliau memberi gambaran akan melibatkan bantuan kepada mereka yang mendapat gaji harian.

Stimulus itu dijangka 10 kali lebih besar dari yang diumumkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bulan lalu. -Buletin TTKM

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.