Lebih 60k desak Vivy Yusof digugurkan dari BOD UiTM

Kuala Lumpur,1 April: Netizen melancarkan petisyen mendesak supaya Universiti Teknologi Mara menggugurkan Datin Vivy Yusuf sebagai ahli lembaga pengarah universiti itu serta merta.

Petisyen yang dijalankan di atas talian di platform change.org itu ditulis oleh saudara Mazlin Mazlan setakat ini mendapat 61,748 tandatangan. 

Petisyen itu  ditujukan kepada tiga pihak pembuat keputusan iaitu menteri pendidikan, naib chancellor UiTM dan pihak universiti.

Kandungan Petisyen:

“Vivy Yusof didalam akaun sosial media miliknya sendiri telah menghina golongan B40 dan M40 dalam penerimaan Bantuan Prihatin Negara. Perlakuan jelik dan memalukan. Petisyen ini adalah agar jawatan Vivy didalam board UiTM ditamatkan serta merta.” – Kandungan Petisyen.

Pada minggu lepas, Datin Vivy Yusuf dilaporkan memberikan komen mengenai bantuan kerajaan terhadap golongan B40 dan M40 yang dikatakan menghina golongan tersebut. Komen beliau itu menyebabkan tindak balas dari netizen yang mengancam akan  memboikot perniagaannya.

Oleh kerana itu, pada dua hari lepas, Vivy Yusof memohon maaf di akaun IGnya pada dua hantaran.

“Saya faham kerajaan perlu mendahulukan sokongan kepada mereka yang paing memerlukan dan dengan segera. Saya tidak pernah berkata ia adalah salah atau saya tidak menghiraukan golongan B40 seperti yang disebarkan. Kata-kata saya diambil di luar konteks..” – Datin Vivy Yusof.

-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.