Dr Musa ‘tutup’ twitter setelah ciapan pantun pro PH beliau didedahkan

Kuala Lumpur, 11 April : Doktor Pakar kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin menetapkan akan twitter beliau dalam mod ‘protected’, di mana semua ciapannya kini tidak lagi boleh diakses secara umum.

Perkara ini dipercayai berlaku sebaik sahaja 13 ciapan pantun-pantun pro Pakatan Harapan yang dinaikkan  di akaun twitter beliau itu didedahkan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Yusof.

Disebabkan ramai kawan-kawan yang komplen bahawa semua 13 pantun politik memuja PH yang dinukil oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam tweet beliau kini telah hilang dari radar, disertakan di sini screenshot semua 13 pantun politik ini sebagai bukti saya tidak menipu.

Katanya Datuk Dr Musa Nordin ini sangat telus, berintegriti dan profesional orangnya, tetapi kalau betul begitu apa perlunya didelete semua 13 pantun politik ini dan mengapa kini tweet beliau tidak lagi boleh dilihat oleh orang awam?

Apakah ini adalah satu pengakuan bersalah merangkap satu cubaan untuk menyembunyikan bukti kesalahan? – Dr Kamarul Yusof. 

Berikut merupakan tangkap layar pantun beliau :

13121110987654321

 

Untuk rekod, Dr Musa Nordin  mengkritik KKM dengan mendakwa kementerian itu gagal melindungi petugas barisan hadapan.

Katanya, petugas kesihatan berisiko terkena virus akibat ketiadaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang mencukupi.

Musa juga menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham dan pegawainya turun padang dan melawat hospital-hospital yang terjejas.

“Adakah anda sedang menunggu doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kami untuk mat1 daripada Covid-19 sebelum anda diserang?” – Dr Musa Nordin

Menjawab dakwaan itu, Dr Noor Hisham berkata jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.

Tambahnya, pihak KKM sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Supaya pengurusan pihak hospital swasta boleh tingkatkan keselamatan d hospital masing-masing,”  – – Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham turut berkata tidak ada masalah bekalan PPE yang tidak mencukupi di fasiliti kesihatan setakat ini.

Jelasnya, banyak pihak yang sudi menyumbangkan PPE kepada kementerian termasuk indistri fesyen, jabatan penjara malah kakitangan hospital yang bertungkus lumus menjahit sendiri alatan PPE mereka.

“Kami mempunyai bekalan yang mencukupi. Hanya pada minggu lepas terdapat masalah agihan ke negeri-negeri lain.

“Ia adalah isu logistik. Tetapi ia telah diselesaikan. Jadi tidak ada masalah dengan stok.” – Dr Noor Hisham

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.