Potong rambut mampu kurangkan tekanan darah tinggi – Dr Afif Bahardin

Oleh : Dr Afif Bahardin

Kenapa Perkhidmatan Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi?

1. Kerajaan memberi kebenaran perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi dalam PKP Fasa Ke-3. Persoalan utama; adakah selamat bagi pelanggan menggunakan perkhidmatan berkenaan dalam keadaan kini?

2. Perkhidmatan gunting rambut merupakan antara sektor PKS yang juga terjejas berikutan PKP dan impak kelangsungan dan jumlah tenaga yang sedikit merupakan faktor utama dalam membenarkan perkhidmatan berkenaan.

3. Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

4. Maka, wujud keadaan menang-menang daripada sudut kelebihan akan manfaat perkhidmatan ini perlu diteruskan. Namun, adakah masih selamat untuk perkhidmatan ini diteruskan?

5. Sektor ekonomi tambahan ini akan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang begitu ketat.

6. Pengusaha kedai gunting rambut dan pelanggan mestilah bebas daripada segala simptom seperti demam dan batuk. Kedai juga perlu memastikan kerja-kerja disinfeksi dijalankan dan mengutamakan aspek kebersihan pada tahap tertinggi.

7. Langkah penjarakkan sosial juga perlu diterapkan dengan amalan perlindungan diri seperti kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka juga perlu dilakukan disamping kerap mencuci alatan-alatan yang digunakan.

8. Dengan langkah yang ketat, pastinya akan dapat memastikan penularan wabak ini dapat dikawal dan memastikan kelangsungan ekonomi negara terjamin.


Dr Afif merupakan ADUN PKR Seberang Jaya. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.