Kelayakan akademik dan pengalaman kerja Jalil berbeza: SC tunggu penjelasan PNB

KUALA LUMPUR (18 Jun): Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata pihaknya sedang menunggu jawapan penjelasan dari Permodalan Nasional Bhd selelah diberitahu mengenai perbezaan  penyerahan berkaitan dengan kelayakan akademik bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif PNB, Abdul Jalil Rasheed.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SC sebagai Capital Market Services License (CMSL) berkata PNB perlu memastikan semua maklumat yang diserahkan kepada SC untuk pelantikan Jalil Rasheed termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik beliau adalah benar dan betul selepas melakukan semakan dengan teliti (due dilligence).

“Untuk perkara ini,  syarikat tersebut (PNB) telah mengisytiharkan kepada SC bahawa semua maklumat yang diserahkan kepada SC untuk pelantikan bekas pengarahnya adalah benar dan betul. Syarat ini dengan jelas dinyatakan dalam borang permohonan berkaitan” 

“Baru-baru ini, SC telah diberitahu bahawa terdapat perbezaan diantara penyerahan syarikat kepada SC berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas residen dan ketua eksekutifnya, dan sejak itu telah menerima pengesahan mengenai perbezaan dalam penyerahan tersebut.

“SC telah meminta penjelasan dari pihak-pihak yang berkaitan mengenai perbezaan ini. Respon dari PNB berhubung pertanyaan SC masih ditunggu.”

Jalil, yang meletakkan jawatan pada hari Isnin, dilaporkan dipanggil oleh SC beberapa hari sebelum pengunduran dirinya.

Pemain berusia 38 tahun itu, dalam surat perpisahannya kepada staf PNB mendakwa terdapat ancaman dan gangguan diterima beliau melalui telefon, selain akaun Linkedin beliau digodam, sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan meletakkan  jawatan.

SKMM semalam menasihatkan Jalil supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

Media melaporkan sebelum ini terdapat persoalan kelayakan akademik Jalil termasuk dakwaan  bahawa dia merupakan lulusan graduan dari London School of Economics and Science  (LSE). Walhal  beliau sebenarnya melakukan program ijazah pelajar luar dengan University of London, yang bekerjasama dengan LSE, di sebuah kolej di Kuala Lumpur. -Buletin TTKM-

WhatsApp Image 2020-06-18 at 7.07.59 PM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.