Bunuh Kevin Morais: 6 dihukum gantung

Kuala Lumpur, 10 Julai: PAKAR patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran dan lima lagi dijatuhi hukuman g@ntung sampai mat1 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membun0h Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, lima tahun lalu.

Harian Metro melaporkan Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan semua tertuduh mempunyai niat bersama membun0h Kevin, 55, pada 2015.

Beliau berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah atas pertuduhan membun0h dengan niat oleh Kunaseegaran dan lima lagi.

“Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh sebelum ini juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

“Dengan ini, keenam-enam kamu dengan niat bersama didapati bersalah dan dengan ini dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dengan ini keenam-enam kamu dihukum g@ntung di leher sehingga mat1,”  – Hakim Datuk Azman Abdullah

Selain Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; lima lagi ialah pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

Semua tertuduh didakwa membun0h Kevin ketika bekas Timbalan Pendakwa Raya itu dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mat1 mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Kevin Morais ditemui dalam dram berisi konkrit, lima tahun lalu.

Kunaseegaran sebelum ini didakwa bersama dengan lima lelaki melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama, namun pada 15 Mei 2017, pertuduhan itu dipinda kepada mempunyai niat yang sama dengan lima lelaki berkenaan dalam pembunuhan Morais.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara peguam Datuk N Sivananthan mewakili Kunaseegaran dan peguam Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain.

Sivananthan ketika ditemui berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Sementara itu adik mendiang iaitu Datuk Richard Morais turut kelihatan hadir.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan adakah pembunuhan Kevin ada kaitan dengan kes 1MDB dan Najib Razak dengan memetik akuan bersumpah yang dilakukan oleh adik Kevin, Charles Morais.

“Charles berkata bahawa dua atau tiga bulan sebelum kemat1an Kevin, mendiang ada memberitahunya bahawa beliau sedang meneliti kes melibatkan pegawai kerajaan peringkat tinggi. 

Charles yang menetap di Atlanta, USA berkata abangnya mengakui kepadanya melalui telefon dan bercakap dalam bahasa Malayalam, (kerana) gusar telefonnya mungkin diintip. 

Charles berkata kertas pertuduhan draf terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak yang diterbitkan oleh laman whistleblower Sarawak Report terdapat tanda tangan kasar (initials)  Kevin.” – Lim Kit Siang. 

Pada Oktober 2018,  Najib Razak mengarahkan pembantunya  membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan yang membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembun0han beberapa individu termasuk  Datuk Anthony Kevin Morais.

“Berdasarkan maklumat tambahan yang diberi oleh beliau (Lim) saya mahu pihak polis membuka semula siasatan ke atas kes-kes (pembunohan) ini.

“Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya pohon polis untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi jika dakwaan Lim Kit Siang tidak berasas dan merupakan satu pembohongan politik, saya juga menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,”  – Kenyataan pembantu Najib Razak dalam laporan polis. 

Pada Februari 2019, sumber polis kemudian memaklumkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi. – Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.