Adun Slim meninggal dunia

Ipoh, 15 Julai: ADUN Slim Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini di Bentong, Pahang petang ini.

Mohd Khusairi, 59, rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad.

Mohd Khusairi yang juga ketua Umno Tanjung Malim mewakili kerusi tersebut selama tiga penggal sejak 2008.

Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mohd Khusairi.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Perak dan juga rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Bahagian Tanjung Malim.

“Saya juga kehilangan seorang sahabat yang saya anggap sebagai saudara kandung sendiri. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,”  – , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

-Buletin TTKM



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version