‘Mat Jargon’ menang ketua ARMADA

KUALA LUMPUR 16 Ogos: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menang sebagai sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Beliau menewaskan pesaing tunggalnya, Muzzammil Ismail dalam pemilihan sayap parti itu.

Menurut sumber , Wan Ahmad Fayhsal  atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon itu mendapat 5881 undi menewaskan Muzammil yang mendapat 3331 undi.

Dalam satu respon ringkasnya di facebook berhubung kemenangan itu,  beliau berkata akan memberi fokus untuk menyatukan semula Armada dan Bersatu.

“Terima kasih atas amanah yang begitu besar ini. InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk ARMADA dan anak muda.
Fokus kita ialah #penyatuanARMADA dan BERSATU itu sendiri, dan mulakan kerja segera demi rakyat Malaysia.” – Wan Ahmad Fayhsal

Dihubungi Buletin TTKM, Luqman Hakim, pegawai Wan Ahmad Fayshal berkata satu sidang media Pertama Ketua ARMADA Nasional itu akan lakukan esok.

Keputusan berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

Dalam pada itu Syed Hamid turut berkata, seramai 9,496 perwakilan mengundi dalam persidangan bahagian Armada Bersatu yang diadakan di seluruh negara secara serentak semalam.

“Daripada 173 bahagian Armada Bersatu yang layak bersidang semalam, 164 bahagian mengadakan persidangan manakala sembilan lagi gagal kerana ketiadaan korum,”  – Syed Hamid

Wan Ahmad sebelum ini merupakan pegawai khas Syed Saddiq ketika menjawat jawatan menteri belia dan sukan.

Syed Saddiq memanjat pagar

Syed Saddiq dibatalkan dari pencalonan setelah beliau digugurkan dari Bersatu berikutan enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu, kerana bersama dengan kumpulan Tun Dr Mahathir yang menentang Tan Sri Muhyidin Yassin.

Wan Ahmad Fayshal mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin setelah presiden Bersatu itu berjaya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat seterusnya menjadi perdana menteri melalui pembentukan kerajaan Perikatan Nasional- Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.