“Patik mohon ampun Tuanku, kami tarik balik kenyataan” – UMANY

Patik Mohon Ampun Tuanku – Penarikan Kenyataan Media UMANY Bertarikh 30 Oktober 2020

1. Selepas merujuk kepada nasihat daripada ahli-ahli pakar perlembagaan, pihak UMANY telah membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.

2. Pihak UMANY ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan YDPA dalam perlembagaan.Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan.

3. Selain itu, kita ingin menekankan sekali lagi pendirian kita, iaitu kenyataan yang dinyatakan pada 30 Oktober adalah untuk tujuan perbincangan akademik dan tidak berniat untuk menghasut. Tambahan pula, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat. Kita menuntut pihak polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta- akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY dan menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim ini yang menyekat kebebasan bersuara.

4. Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa pihak kami dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan. Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik

Sekian, terima kasih.

UMANY

—-English—–

Apology and Withdrawal of UMANY’s Statement dated 30th October 2020.

1. After consulting with several constitutional experts, UMANY decided to withdraw the statement titled [YDPA Should Not Interfere in National Affairs] published on 30th October 2020 on our English and Chinese Facebook page.

2. We affirm our adherence to the constitutional monarchy system in Malaysia and respect the role of Yang di-Pertuan Agong (YDPA) in the Constitution. We would like to apologize to YDPA and the public for our lack of thorough understanding of the Constitution.

3. We reiterate that the statement was for academic discussion purpose and never meant to commit any malicious damage or sedition. As the Sedition Act and Communications and Multimedia Act are in fact archaic and draconian laws that trample on freedom of speech, we call upon the police to halt all investigations and possible prosecutions under these Acts, and urge the government to repeal the draconian laws immediately in order to safeguard freedom of speech for every citizen.

4. We express our utmost gratitude to all parties who have expressed support and solidarity with us. We will continue to advocate and defend democracy and freedom together with civil society for a better Malaysia.

Campus Democracy, Student Autonomy

UMANY

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.