Serangan seksu@l: Faiz Fadzil dituduh di mahkamah, minta bicara.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksu@l bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Faiz dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak menc@bul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac, antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam, ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya,

Ketika dihubungi, DPP Zahida Zakaria, daripada unit jenayah seksu@l Jabatan Peguam Negara, mengesahkan pertuduhan terhadap Faiz, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.

Dia berkata ahli politik Amanah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 6 Ogos untuk penyerahan dokumen,” kata Zahida kepada Malaysiakini hari ini.

Pada 23 Mac 2021, portal Malaysianow melaporkan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah dari utara tanah air dinamakan dalam satu laporan serangan seksu@l oleh aktivis PKR yang menuduh ahli politik itu mer@ba tubuhnya.

DPP Nur Aishah Ahmad Zakiuddin juga hadir untuk pendakwaan manakala Faiz diwakili oleh Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamad Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.

Sementara itu, setakat ini tiada sebarang kenyataan dari parti politik Amanah mahupun PKR.

Walau bagaimanapun, Timbalan presiden Wanita Muda Amanah Nasional – WARDA Nasional, Nur Najihah semalam menaikkan satu status di facebooknya berhubung laporan ‘gangguan seksu@l’, tetapi tidak menamakan sesiapa.

“Sebagai anak muda, kita mahu membawa politik nilai. Bukan setakat rasuah. Politik nilai ini termasuklah peribadi pemimpin. Hatta kalau dari Amanah sekali pun, jika salah tetap salah. Jika benar, tetap benar. Kita tidak mahu pemimpin yang merosakkan masyarakat.Kita tidak mahu pemimpin yang play safe untuk secure seat. Tetapi bila datang isu begini, semua senyap” – Nur Najihah



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version