Hantaran palsu ‘Selamat Jalan?”: MP PKR Kangar minta maaf pada Najib, akui tersilap.

Kuala Lumpur, 24 Jan: Ahli parlimen PKR Kangar, Noor Amin Ahmad meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung hantaran tangkap layar “Selaman jalan?” yang kononnya dinaikkan Najib selepas berita mengenai Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara tersebar.

“Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik. Justeru itu saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut.” kata Amin.

Amin berbuat demikian 10 minit selepas Najib mengarahkan peguamnya untuk mulakan “proses saman fitnah terhadap Ahli Parlimen PH tersebut dan seorang pembantu Atuk sekiranya mereka tak padam posting dan mohon maaf secara terbuka hari ini.”

Jelas Amin, hantaran beliau adalah berdasarkan ciapan setiausaha Mahathir, Adam Mukhriz yang menaikkan tangkap layar itu terlebih dahulu.

Pada perkembangan yang sama, Amin berkata beliau juga akan mendapatkan nasihat undang-undang bagi mereka yang telah menggunakan gambar facebooknya untuk membuat siaran yang bukan daripadanya.

Buletin TTKM mendapati perkara itu merujuk kepada satu tangkap layar yang menggunakan gambar facebooknya dengan status bertulis ” Saya bangang. Yang undi saya jadi YB lagi bodoh”

Sementara itu, ciapan Adam Mukhriz itu telah dipadamkan manakala gambar profile yang digunakan di akaun twitternya pula ditukarkan selepas Najib mengancam akan mengambil tindakan saman fitnah.

Ciapan yang dipadamkan Adam Mukhriz.

Terdahulu, Najib memberikan komen di facebook Amin Ahmad dengan menyertakan bukti aktiviti log menafikan hantaran “Selamat Jalan” dibuat oleh beliau .

“Puas hati belum? Bila nak mohon maaf” kata Najib.

Tambah Najib, sebarang pampasan yang diterima rentetan saman itu akan akan disalurkan sebagai bantuan kepada rakyat.

“Ada yang kata activity log boleh edit. Tak mahu percaya.Pelik, activity log boleh edit tapi screenshot tak boleh edit ke?Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan activity log original kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada Rakyat.” – Najib Razak. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.