Hukuman 12 tahun penjara Siti Bainun dijalankan serta merta.

Kuala Lumpur, 3 Mei : Hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tidak dibenarkan untuk ditangguhkan.

Hakim mahkamah sesyen, Izralizam Sanusi, mengumumkan keputusan itu sebentar tadi.

“Saya perlu melihat pada keadaan khas atau luar biasa yang merujuk kepada keadaan okt untuk benarkan penangguhan hukuman.”

“Penelitian lebih ketat diperlukan bagi membenarkan penangguhan.

“Pemfailan rayuan sahaja bukan sebab untuk penangguhan dilakukan.” katanya.

Tambah beliau, rayuan sahaja tidak boleh menjadi sebab untuk menangguhkan hukuman.

Merujuk kepada beberapa kes duluan, hakim mendapati tertuduh tidak dapat menunjukkan keadaan khas atau luar biasa.

“Oleh itu tiada sebab untuk saya menangguhkan hukuman”

Mengenai alasan menjaga ibu, hakim berpendapat perkara itu adalah masalah peribadi.

Oleh itu, hakim berpendapat keadilan hanya dapat dijalankan sekiranya tertuduh menjalani hukuman serta-merta.

“Tiada keadaan khas, jadi dalam keadaan kes ini keadilan dapat dijalankan dengan tertuduh menjalankan hukuman serta merta” kata hakim.

Sejurus hakim membacakan keputusan itu, aktivis-aktivis Justice For Bella, antaranya Zurianti dan Mona Din dilihat berpelukan sambil menitis kan air mata.

Terdahulu hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 12 tahun penjara terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja down sindrom, Bella.

Hukuman dijalankan serentak, ini bermakna Siti Bainun akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.