Pemilihan PKR: Yuran bertanding cekik darah?

Kuala Lumpur, 27 Jun: Tular di media sosial beberapa slaid menunjukkan yuran yang terlalu tinggi untuk menjadi calon dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang.

Berikut merupakan senarai penuh yuran tersebut seperti yang dipaparkan di facebook  :

Yuran Pencalonan Majlis Pimpinan Pusat
Presiden – RM25k
Timbalan Presiden – RM20k
Naib Presiden – RM 10k
Ahli Majlis Pimpinan Pusat – RM5k


Yuran pencalonan Majlis Pimpinan Angkatan Muda
Ketua AMK – RM10k
Timbalan Ketua AMK – RM7k
Naib Ketua AMK – RM5k
Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda – RM3k
Yuran pencalonan Majlis Pimpian Wanita Keadilan.
Ketua Wanita – RM10k
Timbalan Ketua Wanita – RM 7k
Naib Ketua Wanita – RM 5k
Ahli Majlis Pimpinan Wanita – RM3k

Jawatankuasa Cabang
Ketua Cabang – RM3k
Timbalan Ketua Cabang – RM2k
Naib Ketua cabang – RM1k
Ahli Jawatankuasa Cabang – RM500
Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang.
Ketua Angkatan – RM500
Timbalan Ketua Angkatan Muda Cabang – RM400
Naib Ketua Angkatan Muda Cabang – RM300
Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Cabang – RM200
Jawatankuasa cabang
Ketua wanita cabang – RM500
Timbalan ketua wanita cabang – RM400
Naib Ketua Wanita Cabang – RM300
Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang – Rm200
Yuran yang terlalu tinggi itu telah menyebabkan kemarahan ahli PKR dan orang ramai.

SYED BADLI SHAH B SYED OSMAN, Setiausaha Angkatan Muda PKR Selangor menaikkan hantaran berikut di facebook beliau memperli syarat yuran tersebut:

Aku nak wujudkan team baru untuk pemilihan.#TeamKartong – Kartel tong-tong…. Sape takde duit yuran kita tong-tong – Syed Badli

Ini pula kicauan Hafizan Mazuki:

pijan

Saya bertanding AJK Cabang pada tahun 2014 dengan yuran RM10 atau RM20 barangkali. Kini RM500? Ini parti reform atau parti orang kaya? – Hafizan Mazuki

Walaubagaimanapun, Nik Nazmi, Ketua AMK merangkap ahli parlimen PKR Setiawangsa di akaun twitter beliau mengatakan perkara tersebut merupakan cadangan untuk menampung kos pemilihan. 

nik

“Itu cadangan semalam untuk menampung kos pemilihan. Masih belum dimuktamadkan. Memang dari dulu ada yuran pertandingan kerana pemilihan KEADILAN dah dua kali sistem satu anggota satu undi – satu-satunya parti massa di Malaysia yang menggunakan kaedah itu.” – Nik Nazmi


Pada pemilihan PKR yang lepas, berlaku banyak kes kerusi terbang akibat ahli yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan. Oleh sebab itu, PKR menjadi bahan jenaka di media sosial dengan maksud Parti Kerusi Rosak.

Oleh kerana cadangan yuran terlalu tinggi ini, PKR kini ditroll pula  sebagai Parti Kumpul Ringgit – TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.