
KUALA LUMPUR: Enam daripada 10 saham utama Khazanah Nasional Berhad jatuh teruk dan kehilangan RM2 billion nilai pasaran dalam hanya sehari, lapor NST.
Perkara ini berlaku berikutan berita pengarah urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan lapan ahli lembaga pengarah telah menyerahkan surat perletakan jawatan.
Axiata Group Bhd, dimana Khazanah mempunyai kepentingan terbesar mengalami kerugian paling terus dalam index benchmark, dengan kerugian 3.93%.
Saham-saham Khazanah Nasional yang turut mengalami kerugian termasuklah Malaysia Airports Holdings Bhd, Telekom Malaysia Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UEM Edgenta Bhd.
Ketua Pengkaji MIDF, Redza Rahman berkata kejutan ini cuma jangka-pendek.
“Semua syarikat yang dikaitkan dengan Khazanah Nasional diuruskan oleh profesional, termasuk juga yang melakukan operasi antarabangsa seperti IHH Healthcare dan Axiata. Malah, pengurusan kanan Khazanah Nasional yang mewakili lembaga pengarahnya cuma minimal. Oleh itu, dalam jangka masa panjang, ia akan memberi impak yang minimal sekiranya operasi syarikat diuruskan dengan korporat governance yang baik. ” – Redza Rahman
Sebelum ini, Khazanah Nasional mengesahkan 9 ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional termasuk Pengarah Urusan, Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Nor Md Yusof, telah menawarkan diri untuk meletak jawatan
“Ini dilakukan untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baru. Lembaga pengarah sekarang telah diberi penghormatan untuk berkhidmat, dan merasakan sesuai untuk menawarkan kepada kerajaan baru budi bicara dan mengesahkan hak prerogatif untuk membentuk lembaga pengarah baru,” – Kenyataan Khazanah.
Keputusan ini berlaku beberapa minggu selepas PM mengkritik Khazanah yang menurut beliau telah telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk membantu bumiputera, dengan memperkayakan dirinya sendiri.
Beliau berkata Putrajaya akan mengkaji semula syarikat-syarikat di mana Khazanah mempunyai kepentingan di dalamnya dan melakukan penyusunan semula agar syarikat itu kembali kepada peranannya yang asal.
“Sangat jelas mereka sekarang melakukan semua perkara yang pelik. Mereka membeli rumah-rumah dan mengambil alih syarikat” – Tun Dr Mahathir.
-TTKM-
Leave a Reply