Ketuk kepala cikgu yg kata sejarah org India di Malaysia bermula 100 tahun lepas – M. Kula Segaran.

Kuala Lumpur, 29 Julai : Selepas MyNewsHub dan TTKM menyiarkan transkrip ucapan kontroversi M. Kula Segaran (Menteri Sumber Manusia, merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) , portal berita Malaysiakini juga turut melakukan perkara sama.

Transkrip Malaysiakini juga tiada banyak beza dengan transkrip yang TTKM siarkan semalam. Walau bagaimanapun, transkrip MyNewsHub kami dapati menukar perkataan “kita‘ kepada “Orang Hindu” dan perkataan ‘mereka’ kepada ‘orang Melayu”.

Ketuk kepala guru

Selain mendakwa “merekalah pendatang, kita bukan pendatang, mereka dan kita adalah sama” , M. Kula Segaran juga menyeru supaya guru yang mengajar sejarah orang India bermula di Malaysia sejak 100 tahun lepas supaya diketuk kepala mereka.

Menurut M. Kula Segaran, orang India telah menjejakkan kaki di sini sejak 2500 tahun dahulu dan buktinya adalah tinggalan kuil yang tertanam di Lembah Bujang.

Berikut merupakan transkrip terjemahan ucapan M. Kula Segaran yang dibuat dalam bahasa Tamil versi Malaysiakini.

“Ramai orang, apabila ditanya mengenai sejarah kita, sejarah bertarikh 120-130 tahun kebelakang. 

Tidak betul. Apabila kita datang pertama kali ke sini, (ia adalah) 2500 tahun dulu. Buktinya adalah di Lembah Bujang. Terdapat kuil-kuil di sana… tertanam.

Merekalah pendatang, kita bukan pendatang! Mereka dan kita adalah sama!

Jika anda bertanya kepada ramai pelajar kita, mereka akan berkata (sejarah kita) adalah 100 tahun kerana “cikgu saya kata demikian’.

Saya kata ketuk kepala cikgu itu! Anda boleh petik saya cakap begitu. Kita ada hak untuk menetap di sini, ini tanah air kita. 

Kita ada hak untuk menetap di sini sama juga seperti mereka. Jangan menyerah kalah. Kita mesti beritahu orang kita.. (video tamat) ” 

Berikut pula transkrip yang disiarkan oleh TTKM, disediakan oleh aktivis sosial, Kiridaren Jayakumar. 

Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.

Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.

Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.

Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.

Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” –  

Ini pula transkrip dari MyNewsHub:

Kebanyakan orang telah lupa. Orang Hindu mula mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu.

Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang!

Kita dan Melayu adalah setaraf.

Tapi hari ini, semua ini sudah dilupakan.

Tanyalah kepada anak-anak kita yang bersekolah tentang sejarah asal usul kita; mereka akan berkata Guru di sekolah telah ajar yang orang Hindu menetap di sini 100 tahun yang dahulu.

Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini!

Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya. Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.

Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita. 2,500 tahun dahulu kita sudah menetap di sini. Kita mempunyai semua hak untuk berada di tanah ini.

Ini Tanahair kita

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.