Ibu dan anak tak beri laluan untuk bapak

KUALA LUMPUR, 6 Ogos : Nurul Izzah Anwar berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi Permatang Pauhnya sehinggalah pilihanraya umum seterusnya, lapor The Malay Mail.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai bapak beliau Anwar Ibrahim yang kini mula mengorak langkah untuk kembali masuk ke parlimen selepas memenangi jawatan Presiden PKR tanpa bertanding.

Nurul Izzah  menyifatkan kerusi parlimen itu sebagai “cinta abadi”.

“Permatang Pauh adalah cinta abadi “ – Nurul Izzah. Gambar The Malay Mail. 

“Saya ada sebutkan sebelum ini, Lembah Pantai cinta pertama saya sepanjang dua penggal menjadi ahli parlimen tetapi Permatang Pauh aalah cinta abadi. Saya komited kepada cinta abadi sehingga tempoh penggal berakhir,” – Nurul Izzah.

Kerusi Permatang Pauh bertukar tangan dari Bapa-Ibu-Anak Perempuan. 
Setelah bapa dibebaskan dari penjara, ibu kosongkan kerusi tersebut dan memberi laluan pada bapa semula. Ketika itu bapak mengatakan akan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008, tetapi rancangan tersebut gagal.
Bapak kemudian berusaha mengambil alih Putrajaya pada kali kedua melalui Kajang Move dengan bertanding sebagai adun Kajang seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, bapak didapati bersalah pada 2015 dalam kes Liwat 2 dan kerusi tersebut diserahkan kembali kepada ibu. Manakala Azmin, anak angkat Tun Dr Mahathir pula yang menjadi menteri Besar.
Kerusi Pandan.
Pada PRU14, ibu berpindah ke kerusi Pandan dan anak perempuan bertanding menggantikan ibu di Permatang Pauh.

 

Ibu yang turut menjawat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak bercadang melepaskan jawatannya dalam kabinet dan ahli parlimen Pandan.

“Memang tidak (lepaskan jawatan). Insya-Allah (akan kekalkan semua jawatan termasuk sebagai anggota parlimen (Pandan),”  – Wan Azizah

Ditanya kerusi parlimen mana Anwar mungkin bertanding, Dr Wan Azizah berkata:

“Itu bergantung” – Wan Azizah

Di media sosial, PKR sering ditroll sebagai Parti Keluarga Rapat, ini kerana jawatan tertinggi parti tersebut hanya berlegar di antara bapak(Anwar), ibu (Azizah) dan anak perempuan (Nurul Izzah) .

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata beliau akan memberi laluan untuk Anwar sebagai Perdana Menteri tetapi tidak dinyatakan kerangka masanya.

Tun Daim yang dilihat sebagai orang kepercayaan Tun Mahathir, menjadi orang pertama yang mencadangkan supaya peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Anwar berlaku pada pertengahan penggal dan menyifatkan ia tindakan “bodoh” untuk menukar perdana menteri sekarang seperti yang dimahukan oleh penyokong Anwar.

“Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi,” – Daim.

Sebelum ini, Daim dilaporkan  menemui Anwar dan memberitahunya:

“Anda semua mencuba nasib banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada anda suka atau tidak, Dr Mahathir berjaya.”– Daim

Anwar pula yakin bahawa Tun Mahathir tidak akan mempermainkan beliau lagi (dan akan menyerahkan kuasa kepadanya) dalam satu sesi Terus Terang yang dijalankan Invoke :

“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘main’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi saya kata keadaan dah berubah. Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” – Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata akan menjadi PM selagi mana rakyat mahukan beliau memegang jawatan tersebut.

“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka” – Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod, Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang.

“Rekodnya lidah bercabang. Kalau dia kata dia Melayu, maksudnya dia India, mamak! Kalau dia kata Anwar liwat, maksudnya Anwar tak liwat.- Rafizi Ramli

 


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version