Hapuskan tol tersontot?

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menangguhkan janji menghapuskan tol lebuh raya memandangkan langkah itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan melebihi RM400 bilion, lapor FMT.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata penghapusan tol akan ditangguhkan sehingga keadaan kewangan negara mengizinkan, namun berjanji akan meneliti langkah-langkah lain untuk menurunkan kos sara hidup.

“Kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi janji yang ada dalam buku PH, termasuk cadangan menghapuskan tol di lebuh raya. Namun kita akui ia bukan mudah untuk dilaksanakan khususnya akibat tekanan kewangan semasa dihadapi kerajaan.

Untuk makluman, kerajaan teliti dan ambil kira secara mendalam beberapa faktor dan implikasi yang mungkin akan timbul akibat penghapusan tol di negara ini. Anggaran pampasan tol jika cadangan ini dilaksanakan adalah melebihi RM400 bilion.

Sehubungan itu, kerajaan setelah mempertimbangkan faktor berkenaan, maka kerajaan setuju untuk tangguhkan hingga keadaan kewangan mengizinkan,” – Baru Bian

Baru Bian berkata demikian sewaktu sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan Baru itu disanggah Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang menyifatkan kerajaan PH tidak bersungguh-sungguh melunaskan janji yang dibuat sewaktu pilihan raya umum lalu.

“Rakyat menunggu janji yang dibuat, kalau tidak ikut, sekurang-kurangnya jelaskan berapa banyak perbincangan yang sudah dibuat untuk langkah menghapuskan tol, bukannya teliti dan kaji sahaja.Jadi, selain tidak boleh melaksanakan, adakah PH akan lakukan pindaan dalam manifesto dengan menarik balik janji beri 100% hapuskan tol.”  -Datuk Jalaluddin Alias

Bagaimanapun, Baru menjelaskan langkah menghapuskan tol ini bukanlah janji yang dibuat untuk 100 hari pentadbiran kerajaan PH.

Sebelum ini, Baru juga berkata penghapusan tol tidak dapat dilakukan serentak tetapi beperingkat-peringkat. Apabila ditanya oleh Ahmad Maslan mengenai senarai tol yang hendak dihapuskan sekiranya ia dijalankan berperingkat, Baru Bian menjawab ia sedang dikaji dan tiada keputusan mengenainya..

Mat Maslan:  Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional memansuhkan empat tol sebelum Pilihan Raya. Saya ingin tahu walaupun disebut berperingkat-peringkat dari segi pemansuhan, ada tidak senarai itu yang boleh diumumkan kepada rakyat mungkin selepas ini kawasan mana, tol mana supaya paling tidak, mereka tidak rasa teruk sangat “dikencing” oleh Pakatan Harapan ini?

Baru Bian: Maksud Yang Berhormat tol yang sudah dimansuhkan sebelum ini, sebelum Pilihan Raya, maksud kamu?

Mat Maslan: Yang akan, yang akan. Kami sudah mansuh empat. Yang akan dimansuhkan oleh?

Baru Bian : Oh! Yang akan itu, akan dikaji. Macam itu yang saya kemukakan tadi, akan dikajikan. Belum ada keputusan yang dibuat oleh kementerian, ya.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.