KENYATAAN BERSAMA HIMPUNAN HARI MALAYSIA : PANDANG KE SABAH

KENYATAAN BERSAMA HIMPUNAN HARI MALAYSIA : PANDANG KE SABAH

Himpunan pada 16 September telah berakhir dengan tangkapan terhadap 8 orang aktivis dan anak muda di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Namun begitu, mereka semua dilepaskan pada sebelah petang di Balai Karamunsing.

KRONOLOGI

– Aktivis mula berkumpul di hadapan bangunan DBKK sekitar pukul 8.30 pagi.

– Aktivis memulakan ucapan awam, menyanyikan lagu dan berpuisi.

– Pihak DBKK dan polis menghalang aktivis mengangkat plakad dan banner.

– Aktivis duduk dan menunggu rakan rakan lain.

– Aktivis mula bergerak dari Bangunan DBKK ke Lintasan Deasoka setelah pihak DBKK dan polis menghalang daripada berhimpun di kawasan bangunan itu.

– Setelah berada di Lintasan Deasoka, aktivis menyambung ucapan awam dan menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

– Pihak Polis dan DBKK berkeras untuk menyuraikan himpunan. Aktivis mula duduk.

– Berlaku provokasi daripada pihak polis dan DBKK. Serangan dilakukan kepada aktivis di barisan hadapan.

– Pergelutan telah menyebabkan aktivis ditendang, ditarik rambut, diacukan puntung rokok ke muka dan dipukul.

– Pihak polis menggari saudara Sabir dan menahan tujuh lagi yang lain. Antaranya Mukmin Nantang, Syed Syaqir, Mohd Rosyaidi, Zulfian Ansar, Asrin Utong, Razdey Ruslin dan Khairuddin Daud.

– Kesemua mereka dibawa ke balai polis Karamunsing.

– Pada pukul 2, lima laporan polis dibuat kerana kekasaran pihak polis dan DBKK terhadap aktivis .

– Setelah selesai laporan, aktivis “occupy” balai polis bagi solidariti kepada yang ditahan.

– Aktivis dibebaskan namun masih perlu menjalani ujian air kencing.

– Aktivis yang membuat laporan dipanggil untuk memberikan kenyataan dan lapan tahanan telah dibebaskan sekitar 5.30 petang pada hari yang sama.

TUNTUTAN

Untuk makluman semua, himpunan kali ini diadakan bagi menyerahkan memorandum 10 tuntutan.

1. Pendidikan
2. Kemiskinan
3. Tanah adat
4. Peluang pekerjaan
5. Rumah rakyat
6. Isu ketanpa-negaraan
7. Pengangkutan awam
8. Alam sekitar
9. Keselamatan IPT
10. Keselamatan Zon ESS

Tuntutan ini telah diberikan kepada YB Syed Saddiq. Pihak kami mendesak agar kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memandang serius dengan tuntutan Himpunan Pandang ke Sabah.

“Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan, dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka hanya ada satu kata LAWAN!” – Wiji thukul

#SolidariMahasiswa
#SolidaritiAnakMuda
#PandangkeSabah

Kenyataan bersama :
Pertubuhan Isra Kampus
Suara Mahasiswa
Free Read Sandakan
Gagasan Siswa Merdeka
Borneo Komrad
Ikatan anak Muda Lahad Datu
Ikatan Anak Muda Kinabatangan
Ikatan Anak Muda Tawau
Kelab Sastera Mahasiswa, KARMA UMS
Gerakan Mahasiswa Sandakan, GEMAS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.