Tok Pa letak jawatan sebagai ahli UMNO.

Jeli, 18 September: Ahli Parlimen UMNO Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah meletak jawatan sebagai ahli UMNO menurut kenyataan beliau yang diterima TTKM sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada perkembangan terkini politik UMNO yang kini bergerak lebih ke  kanan. Tambah beliau, Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

“Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluang tengah, UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk” – Tok Pa.

Tambah Tok Pa lagi, hala tuju yang diambil oleh UMNO sekarang ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang dipegang beliau selama ini.

“Namun, pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari denga prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula” – Tok Pa.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau: – TTKM-

tok pa.jpg

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.