
MP Umno Pontian, Ahmad Maslan atau lebih dikenali sebagai Mat Maslan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan berhubung pendirian kerajaan mengenai pinjaman PTPTN yang bercanggah dengan manifesto mereka sendiri pada PRU ke 14 lepas.
“Malu & mual ialah bila berjanji dalam manifesto
#PRU14 tapi tidak ditunai janji-janji itu.Jika HUTANG WANG
#PTPTN perlu dibayar, maka HUTANG JANJI juga perlu dilunaskan.Tapi ada mereka peduli? – Ahmad Maslan
Beliau kemudian menulis serangkap pantun tiga kerat.
Habis madu, sepah dibuang
Bila senang, rakyat ‘ditendang’,
Habis menang, janji dibuang.
-Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata demikian dalam satu kicauan di akaun twitter beliau.
Malu & mual ialah
Bila berjanji dlm manifesto #PRU14 tapi tidak ditunai janji2 itu
Jika HUTANG WANG #PTPTN perlu dibayar, maka
HUTANG JANJI juga perlu dilunaskanTapi ada mereka peduli?
Habis madu, sepah dibuang
Bila senang, rakyat ‘ditendang’
Habis menang, janji dibuang.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) September 23, 2018
Terdahulu, Ahmad Maslan berkata ramai anak muda mengundi PH kerana termakan dengan janji penangguhan pembayaran PTPTN.
“Ramai anak muda mengundi
#PH antara lain kerana janji bila gaji RM4 ribu baru mula bayar hutang PTPTN. Sebelum itu mereka pernah janji untuk hapus hutang PTPTN & beri pendidikan percuma. Apa jadi dengan janji-janji manis itu sekarang? – Ahmad Maslan
Semalam , Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mempolitikkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengaitkannya kepada manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam walaupun RM10 sebulan.
“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.
“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” – Dr Maszlee Malik
Janji manifesto PRU 14 :Tangguh bayaran PTPTN tidak ditunaikan.
Untuk rekod, salah satu janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan adalah untuk menangguhkan pembayaran PTPTN selagi pendapatan peminjam tidak mencapai RM4000 sebulan.
Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukanlah kitab suci yang wajib diikuti, sebaliknya ia hanyalah sebagai panduan. -TTKM-
Leave a Reply