
Kuala Lumpur, 9 OKT: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenal cukai baru sebagai sumber bagi menambah pendapatan.
Beliau berkata langkah itu adalah antara beberapa langkah yang akan diambil bagi mengurangkan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, lapor Malaysiakini.
“Ia adalah satu bentuk cukai yang berbeza tetapi ia (secara tidak langsung) dapat mengurangkan beban rakyat.
“Itulah tujuannya, untuk membayar hutang kerajaan,” – Dr Mahathir Mohamad
Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaannya di forum Malaysia A New Dawn di Kuala Lumpur pagi ini.
Selain itu, langkah lain akan turut diambil kira termasuk kemungkinan menjual tanah kerajaan atau aset lain.
“Kerajaan terdahulu menjual banyak tanah kepada orang asing, saya tidak fikir ini bagus untuk kita.”Tetapi kita boleh menjual tanah kepada penduduk tempatan,” – Dr Mahathir Mohamad
Beliau menambah, pendapatan tambahan yang dihasilkan akan membantu mengurangkan hutang kerajaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di masa depan.
Mahathir juga berkata kerajaan perlu mencari sumber pendapatan alternatif kerana ia kini terbeban dengan pelaburan buruk dan tidak dapat dikembalikan semula.
“Sekarang kita tidak tahu di mana wang itu jadi kita perlu mencari sumber dana lain,” – Dr Mahathir Mohamad
Semenjak menang PRU 14 lepas, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan mencecah RM1 trillion, dalam satu usaha yang dilihat sebagai alasan tidak dapat menunaikan janji manifesto. Walau bagaimanapun, angka tersebut bercanggah dengan laporan Bank Negara, Bank Dunia dan agensi penarafan antrabangsa lain kerana ia menambah jumlah hutang jaminan dan projek Kerjasama Awam Swasta (PPP). – TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:
No akaun : 8603355994 ( Bank : CIMB Bank)
atau melalui Billplz di sini
Leave a Reply