BN rampas DUN Semenyih, majoriti 1914

PRK SEMENYIH | Pakatan Harapan menerima tamparan hebat apabila kerusi DUN Semenyih dirampas kembali oleh BN  selepas pengundian hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengisytiharkan kemenangan calon BN Zakaria Hanafi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di Kajang.

Kemenangan BN ini menyaksikan pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.

Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.

Zakaria yang mendapat 19,780 undi menang dengan majoriti 1914 undi.

Sementara itu, calon PH Muhammad Aiman Zainali yang popular dengan cogan katanya “menang 2hb, 3 hb selesai semua masaalah” pula memperolehi 17,866 undi.

Calon PSM, Nik Aziz Afiq (847) dan Kuan Chee Heng (725) pula keduanya hilang wang deposit.

Sementara itu, penyokong Barisan Nasional bersorak di luar dewan sambil menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita”

Kemenangan BN yang turut dibantu jentera PAS pada PRK Semenyih ini menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS akan berlanjutan pada PRK Rantau yang akan diadakan kelak.

Pada perkembangan yang sama, ketua Armanja Armada PPBM, Syed Saddiq mengucapkan tahniah kepada BN di atas kemenangan yang diperoleh.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan di Semenyih. Kepada penduduk Semenyih saya susun sepuluh jari memohon maaf kalau ada yang terkurang. Terima kasih kepada jentera HARAPAN yang tidak kenal erti penat. Keluarga ini akan terus langkah ke hadapan sambil bermuhasabah.” – Syed Saddiq

Pada PRU ke 14 yang lepas, DUN Semenyih dimenangi PPBM menggunakan tiket PKR dengan majoriti 8964 mengalahkan calon dari BN, PAS dan PSM.  Penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan juga dilihat sebagai isyarat protes mereka terhadap janji pilihanraya yang tidak ditepati antaranya janji menghapuskan tol yang dijenamakan semula dengan nama “caj kesesakan” pada kadar tol  yang sama. Tol percuma hanya  di antara  jam 11 malam hingga 5 pagi.  – TTKM-

Keputusan Dun Semenyih PRU ke 14. Grafik Undi.info

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.