Kereta terbang bukan untuk dijual kepada awam – Menteri

ALOR GAJAH 2 Mac: Hasrat rakyat Malaysia untuk meloloskan diri dari membayar tol dengan menggunakan kereta terbang bertukar hampa apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanyalah untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

 

Tambah beliau,  ketika ini pelbagai syarikat gergasi dunia mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembangunan prototaip itu, menurut laporan Berita Harian.

 

Beliau turut memberi contoh jentera F1 yang tidak dijual, tetapi dipandu sahaja.

“Kita buat bukan untuk dijual (kepada orang awam). Contoh F1 (Formula Satu), orang tak beli, tapi naik sahaja. Setakat ini, saya dihubungi syarikat gergasi dunia bertanyakan mahu melihat pelan asas (blueprint) dan ia satu tarikan pelaburan. Ini juga beri keyakinan dalam pembangunan berskala angkasa (aerospace). Pihak Grab juga ada menyuarakan mahu menggunakan kereta terbang untuk perkhidmatan mereka,”  – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Karnival Keusahawanan 2019 pekarangan Masjid Kampung Beringin, Durian Tunggal, di sini, hari ini.

 

Pada selasa lepas, Redzuan dilaporkan Bernama sebagai berkata Kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

 

Beliau berkata prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini dan kos untuk membina prototaipnya cuma lebih sedikit daripada RM 1 juta.

 

“Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan. Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

 

Kenyataan beliau itu ditroll hebat di media sosial.  – TTKM –

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.