Kos ECRL dikurangkan, tukar dari ‘double-track’ ke ‘single-track’ – Laporan.

KUALA LUMPUR, 8 April: Rundingan semula projek ECRL mungkin akan menyebabkan harga pembinaannya ditetapkan pada RM50 juta sehingga RM60 juta per km serta komitmen kerajaan China untuk membeli minyak sawit Malaysia dan membawa masuk projek, lapor The Star memetik sumber. 

Harga RM50 juta itu pula adalah kos pembinaan pada bentuk muka bumi yang biasa manakala bagi bentuk muka bumi yang mencabar dan kerja ‘tunneling’, kosnya akan dinaikkan sehingga RM60 juta per km.

Ini bermakna, pembinaan landasan keretapi ECRL sepanjang 688 km yang digantung pada Julai lepas setelah kerajaan baru PH mendakwa terdapat ketidakteraturan dalam terma kontrak yang  “berat sebelah”, akan berakhir pada kos di antara RM34.4bil dan RM41.3bil.

Selain itu, menurut sumber StarBiz, supaya harga ECRL menjadi lebih rendah, ia akan dibina dengan satu-landasan (single-track) dan bukan dua-landasan (double tracking) kerana mendakwa laluan trafik penumpang dan kargo adalah kurang kerana populasi yang rendah dan kekurangan pelaburan di negeri Pahang, Terengganu  dan Kelantan.

Pada jumaat lepas, menteri kewangan, Lim Guan Eng membayangkan ECRL akan dikoskan kepada RM36 bil, kurang dari RM55 bil yang diumumkan oleh kerajaan BN terdahulu dan RM81 bil yang diumumkan oleh kerajaan PH sekarang.
Sebelum ini beliau ada menyatakan bahawa kos ECRL meningkat sebanyak tambahan RM10.5 billion kerana keputusan menaik taraf landasan kepada dua-landasan (double tracking)

ECRL adalah satu projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada China kerana dengan menggunakan laluan Pelabuhan Kuantan-ECRL-Pelabuhan Klang, laluan perdagangan dan masa untuk ke bahagian barat Semenanjung Malaysia akan dapat disingkatkan dan tidak perlu lagi menggunakan Pelabuhan Singapura.

Sekiranya projek ECRL ini dibatalkan secara unilateral oleh Malaysia, kita perlu membayar pampasan setinggi RM20 bil kepada China.

Menurut sumber The Star lagi, pakej ECRL yang dalam rundingan itu akan termasuk juga komitmen dari pihak China untuk membeli lebih banyak minyak sawit tempatan dan pelaburan terus dari China ke Malaysia. Walaubagaimanapun, tidak diketahui setakat ini berapa jumlah minyak sawit yang akan dibeli oleh China dan durasi komitmen itu.

Ketika pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, presiden Xi menyatakan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak bahawa Beijing akan membeli minyak sawit Malaysia tanpa had ketika lawatan rasmi bilateral ke China pada 2016, ketika itu hubungan bilateral adalah sangat rapat.

Walaubagaimanapun, ketika PRU 14, pemimpin PH yang pada ketika itu adalah pembangkang, melakukan propaganda anti-China kepada pengundi.

Setelah PH memenangi PRU 14, projek ECRL digantung kemudian sejak tahun lepas, China telah mengurangkan pembelian minyak sawit Malaysia sebaliknya memilih untuk membeli lebih banyak minyak sawit Indonesia.

Pada jumaat lepas, ketika kempen PRK Rantau, menteri kewangan Lim Guan Eng membayangkan bahawa ECRL mungkin akan melibatkan Negeri Sembilan sekiranya rundingan dengan kerajaan China berhasil.  – Buletin TTKM –

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.