Aktivis PH luah perasaan kecewa dengan MB Selangor

Oleh :Nur Hadi Mohamad

Masa kempen PRU kat Johor tahun lepas, tugas aku mencabar sebab nak kena masuk kampung-kampung Melayu yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)

Setiap kali jumpa pengundi, aku gebang la  undi Pakatan Harapan (PH), supaya rakyat Johor boleh dapat manfaat seperti di Selangor. Ada air percuma, bas percuma, manfaat kesihatan, ibu tunggal, suri rumah, anak baru lahir, warga emas, khairat kematian dan segala mak nenek skim yang kerajaan Selangor buat.

Tetapi, tak sampai setahun Pakatan Harapan dapat memerintah Johor, usahkan nak buat semua yang saya sebutkan di atas, kerajaan Selangor pula yang dah mula mansuhkan sedikit demi sedikit manfaat tu.

KAH! KAH! KAH! KAH!KAH! KAH!KAH! KAH!

Memang sampai sudah la aku tak akan jejak lagi di kampung-kampung tu. Mau kena kejar dengan parang nanti! 😂

Dulu masa kerajaan persekutuan BN pegang, elok sahaja canang Selangor boleh bertahan tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan, setiap tahun rizab ada berbilion, bonus penjawat awam selangor 2 3 bulan gaji.

Sekarang ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dah sama-sama pegang terus jadi bangang ke macam mana?

KAH! KAH! KAH! KAH!KAH! KAH!KAH! KAH!

Tau la dapat jadi menteri besar pun guna pintu belakang. Kerja keras sikit lah bagi orang nampak kau tu lebih bagus daripada MB-MB sebelum ni.

Tapi kalau ikut rekod dulu jadi pengurus pasukan bola sepak Selangor pun barai. Ini uruskan negeri memang dah nampak tanda-tanda nak punah juga.

Jangan buat malu lah. Aku ni pengundi DUN Batu Caves tau 🙈

sumber 


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.