Isu tanah RTS : Sharir Samad sekolahkan Malaysiakini buat berita petik “sumber”.

Oleh : Sharir Samad

Macam-macam dijadikan berita ikut pakai “sources” atau “sumber-sumber yang mengetahui”. Ikut sedap hati sahaja.

Dalam masa hubungan di antara istana Johor dgn perdana menteri PH agak bertegang, cerita dari “sumber-sumber yang boleh dipercayai” bakal dilihat sebagai serangan terhadap insitusi Kesultanan Johor. Boleh pula tanah kerajaan persekutuan yang bakal jadi stesyen RTS kononnya “dirampas senyap-senyap” oleh Sultan Johor.

PM PH pun keluarlah kenyataan yang kos RTS akan naik dan pelaksanaan projek tertunda lagi kerana kerajaan PH akan terpaksa bayar beratus juta ringgit utk beli tanah itu dari kebawah duli Sultan Johor. Dah nampak macam “pukulan maut” PM PH dalam episod PM PH vs Istana Johor

Tangkap layar laporan Malaysiakini

Rupa-rupanya, Sultan Johor pun tak tahu itu tanah milik kebawah Duli Tuanku Sultan Johor.

Sebaliknya kalau betul macam mana Malaysiakini laporkan dan PM PH buat kenyataan tanpa nak semak fakta dulu, Sultan Johor setuju nak serahkan tanah itu tanpa kos utk kegunaan projek RTS.

Kenyataan istana Johor

Ambik kau! Yang difikirkan “pukulan maut” menjadi “bola tanggung” pula. Gol pulak tu! Jadi PM PH kena tenguk2 juga apa cakap Malaysiakini dan buang juga sangkaan buruk terhadap Johor tu (istana dan rakyatnya). Barulah amanah rakyat tu diasaskan kepada fakta bukan fitnah atau auta.

#DaulatTuanku

-Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor. Ia pertama kali disiarkan di akaun Facebook Sharir Ahmad di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2271824826197061&id=1909073655805515 :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.