Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

SERANGAN PEMIMPIN DAP TERHADAP DR MASZLEE KETERLALUAN

2 min read

Oleh : Dr Kamarul Yusof.

Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam.

Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, bahawa Dr Maszlee bodoh (“foolish” dan “idiot”).

60466252_2468277933216250_2802561212561227776_n.jpg
“Jika benar menteri pendidikan berkata demikian, dia adalah bodoh, bangang besar!” –  Datuk Teng Chang Khim, Exco DAP Selangor. 

Turut keras adalah kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, bahawa Dr Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO.

Apatah lagi bila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.

60425420_2468278553216188_9169058331401125888_n.jpg
Menteri pendidikan Dr Maszlee tiada beza dengan politikus BN, dakwa Timbalan Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan berhadapan dengan serangan pemimpin DAP kerana sebelum ini pun ia pernah beberapa kali berlaku.

Kali pertama adalah bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.

Paling kuat menyerang beliau pada waktu itu adalah Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Ong Boon Piow, dalam kenyataan beliau pada 26 Julai 2018, malah menggesa Perdana Menteri agar meneliti semula kesesuaian Dr Maszlee untuk menjadi Menteri Pendidikan.

60406337_2468278423216201_8042754826481696768_n.jpg

Kali kedua adalah bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai “medan dakwah”.

Menyerang beliau adalah ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Abdul Aziz Isa, dalam kenyataan beliau pada 21 Disember 2018, juga mendesak Dr Maszlee yang “incompetent” dan “insensitive” meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

61057963_2468278206549556_7160386759392493568_n.jpg

Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Dr Maszlee selepas ini.

Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (GERAKAN) supaya DAP mendesak Perdana Menteri memecat Dr Maszlee yang “rasis” dan “di bawah prestasi”.

Malah, tiga minggu lalu “Stephen Ng” telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak Perdana Menteri memecat Dr Maszlee.

60424738_2468278739882836_4641512904145764352_n.jpg

Dua hari lalu pula “No Hope Malaysia” telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Dr Maszlee meletakkan jawatan.

Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Dr Maszlee.

Oleh itu, walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan. – Buletin TTKM-


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM-Editor. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: