Koleksi tweet Azmin tag Haziq

Twitter, 16 Jun: Jauh di mata tetapi dekat twitter.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mengakui, beliau mengenali Haziq Abdullah Abdul Aziz, namun hanya dari jauh sahaja.

“Saya mengenalinya (Haziq) daripada jauh sebab dia ahli parti (PKR), dia pernah menjadi ahli parti kemudian menyertai pembangkang selepas menang (Pilihan Raya Umum) lompat balik ke parti Keadilan. Ini karakter indvidu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” Azmin.

Buletin TTKM mendapati walaupun beliau mengenali Haziq dari jauh seperti didakwa, tetapi di Twitter berlainan pula ceritanya.

Hasil carian di akaun rasmi Twitter Azmin Ali, beliau menaikkan beberapa ciapan dengan men’tag’ Haziq sejak dari tahun 2012 lagi.

Pada 3 Mei 2012, ciapan Azmin bersolidariti bersama Haziq dan beberapa pelajar UM lain yang digantung satu semester.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/197942814364020736?s=19

Pada 12 Jun 2014, ciapan Azmin Ali men’tag’ Haziq serta beberapa pimpinan PKR supaya jangan marah- marah sekiranya tidak dapat berpegangan tangan.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/477098159781326848?s=19

Pada 3 Oktober 2014, ciapan Haziq mengenai lori sampah yang tiada permit kantoi dengan Azmin Ali di Retweet kembali oleh Azmin dengan mengatakan ia adalah terjah.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/517874009635971072?s=19

Pada 1 Oktober 2013, Azmin Retweet ciapan Haziq mengenai kritikan Azmin Ali tentang undang-undang yang dibahas dalam keadaan tergesa-gesa.

Pada 29 Jun 2013 Azmin secara peribadi menaikkan ciapan mengucapkan tahniah kepada Haziq diatas idea Haziq yang interaktif dan menarik.

Sumber : https://twitter.com/AzminAli/status/350942249485467649?s=19

Hasil pemeriksaan di akaun Haziq pula mendapati hanya terdapat 22 ciapan sejak Januari 2019 yang kebanyakannya adalah retweet walaupun akaun tersebut dibuka sejak 2011.

Ciapan sebelum tarikh itu didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadam atau di’private’kan.

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip menteri kanan tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

– Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.