Video penuh HD semburit mirip pemimpin PH kini dinaikkan di laman PH (PornHub)

PETALING JAYA 26 Jun: Video penuh semburit yang menampilkan ketua AMK PKR Santubong dan lelaki mirip Datuk Azmin Ali kini dinaikkan di laman porno PornHub Gay dalam definisi tinggi (HD) 720 pixel.

Video yang berdurasi 9 minit 10 saat itu dinaikkan oleh pengguna bernama “godsbrother”  bertajuk “Scandal Azmin Ali Full”.

Dalam video penuh  tersebut, dapat dilihat babak lama dan yang baharu  lelaki mirip seperti Azmin Ali memegang telefon bimbit dengan beberapa lampu ‘flash’ kelihatan, seolah-olah beliau sedang menangkap beberapa gambar selfie. Manakala Haziq pada akhir aksi dilihat berjalan sambil memakai tuala.

Video terkini ini dinaikkan selepas perdana menteri, Tun Dr Mahathir kelmarin berkata Azmin Ali tidak sebodoh itu untuk terlibat dalam skandal seks.

“Saya tidak fikir beliau sebodoh itu untuk melakukan perkara tersebut dan ditangkap dalam gambar (video) sebegitu. Saya fikir seseorang mahu menjatuhkan beliau” – Tun Dr Mahathir.

Haziq, yang mengakui beliau adalah lelaki dalam video tersebut, pada satu temubual dengan akhbar The Star mencabar Azmin Ali untuk menyaman beliau sekiranya dakwaan beliau adalah fitnah.

Azmin Ali menafikan dakwaan Haziq dan berkata ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan untuk memusnahkan karier politiknya.

Isu video semburit ini juga telah menyebabkan bibit-bibit perpecahan mula dilihat dalam parti PKR.

Zuraida kelmarin dilaporkan berkata sekiranya beliau adalah presiden PKR, sudah tentu tindakan memecat Haziq akan diambil olehnya.

“Nasib baik bukan saya jadi presiden, kalau saya presiden saya dah pecat dah (Haziq). Sebab saya memang tegas kata suruh pecat (Haziq), tapi parti nak ikut proses, biarlah dia ikut proses,” – Zuraida.

Kenyataan Zuraida itu dilihat sebagai serangan secara tidak langsung terhadap presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Pada perkembangan yang sama, Naib Ketua Wanita PKR, Faizah Ariffin meminta Zuraida supaya keluar dari parti kerana tidak hormat keputusan parti yang meminta Haziq memberikan surat tunjuk sebab.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut bertanyakan kenapa  Zuraida berperangai seperti  “Mak Lampir” tak bertuan.

“Sebagai pemimpin beliau seharusnya senada bagi mempertahankan keputusan mesyuarat. Saya musykil apakah Zuraida tidak berfungsi dalam mesyuarat atau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati atas keputusan yang dibuat bersama?

“Apa sebenarnya yang beliau mahu dan mengapa berperangai seperti ‘mak lampir’ tak bertuan? Mengapa beliau terlalu biadab sehingga tidak mahu patuh kepada kata sepakat yang dia sendiri terlibat? Adakah beliau berasa sudah cukup besar kepala sekarang?

“Ia tak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan tata tertib. Tindakannya jelas tidak menghormati parti dan sudah tiba masanya untuk beliau angkat kaki keluar daripada parti ini,” – Faizah Ariffin

Isu video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai Parti Kunyit Rakyat – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.