Skip to content

Lantik 13 ahli Armada isi jawatan pegawai KBS satu pengkhianatan kepada rakyat

KANGAR 21 Ogos – Selepas Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan semalam mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berikutan pelantikan seramai 13 ahli Armada bagi mengisi jawatan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di negeri-negeri, hari ini giliran Majlis Belia Perlis pula membuat kritikan yang sama.

Utusan Online melaporkan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed sebagai berkata, pelantikan itu merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat yang sebelum ini dijanjikan tiada lantikan politik dalam organisasi itu.

 

Katanya lagi , sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh mereka yang benar-benar layak, bukannya terdiri daripada rakan-rakan menteri berkenaan dan menggesa Syed Saddiq menarik balik keputusan pelantikan terdiri daripada pemimpin politik itu.

“Ia merupakan bukti jelas bahawa Menteri Belia dan Sukan mengamalkan kronisme dalam pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS di negeri-negeri.

“Mungkin janji satu juta peluang pekerjaan itu merupakan janji menteri tersebut kepada golongan pemimpin parti Pakatan Harapan (PH)… ini merupakan satu pengkhianatan besar oleh PH kepada rakyat yang dijanjikan sebelum ini (tiada lantikan politik),” – Noor Hairi Noor Mohammed

Buletin TTKM semalam melaporkan  Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Rusli di laman Facebooknya mendedahkan sekeping surat dari Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelantikan 13 orang Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS negeri yang kesemuanya terdiri daripada ahli Armada.

Dalam surat tersebut, yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, Abdul Rashid Yaakub turut memaklumkan bahawa Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Mohd Fairus ketika dihubungi Buletin TTKM semalam  mengkritik Syed Saddiq berhubung pelantikan ini sambil mendesak pihak SPRM supaya melakukan siasatan.

” alt=”” aria-hidden=”true” />44529218_10212806829672256_6678139894298050560_n.jpg
Mohd Fairus, kredit FB beliau.

“Sekiranya mereka ini ahli Armada yang dilantik, Syed Saddiq termakan balik kata-kata beliau sebelum ini yang diluahkan mengenai belia macai (politik), dimana kini beliau sendiri melakukan perkara tersebut. Membuat lantikan tanpa ada surat tawaran kepada umum. Saya mendesak supaya SPRM siasat perkara tersebut. ” – Mohd Fairos Bin Rusli

Pada tahun lepas, Syed Saddiq mengingatkan persatuan belia supaya tidak menjadi macai politik.

“Ada persatuan belia seperti GPMS (Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung), Majis Belia Malaysia (MBM) dan Belia 4B (Gerakan Belia 4B) yang menerima peruntukan kerajaan akhirnya pada satu tahap boleh jadi ‘macai’ politik.

“Saya mahu selepas ini walaupun peruntukan diberi, persatuan belia bebas mengkritik kerajaan dan mengembalikan status kumpulan belia sebagai pendesak sekali gus meneutralisasi kumpulan belia,”  – Syed Saddiq.

Beliau juga dilaporkan mahu memastikan persatuan dan kumpulan belia tidak dilantik daripada mana-mana pimpinan parti politik.

“Kita tidak mahu lagi pimpinan mana-mana parti politik mendominasi kumpulan-kumpulan belia ini, kalau ada sila letak jawatan”– Syed Saddiq

Sementara itu di laman facebook Syed Saddiq, tiada sebarang respon mengenai isu ini, sebaliknya beliau memuat naik isu lain seperti berkenaan pengenalan Go-Jek dan pertandingan Zapin di kawasan parlimen beliau. -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email

Discover more from Buletin TTKM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading