“Tidak ubah, media salah tafsir” – Setiausaha Sulit Syed Saddiq

Putrajaya 23 Ogos: Setiausaha sulit Menteri Belia dan Sukan,  Syed Saddiq, Mohamed Amshar Bin Aziz berkata Hari Sukan Negara tidak diubah kepada Malaysia Sport Challenge sebaliknya ia cuma salah satu aktiviti dalam Bulan Sukan Negara yang lebih besar di mana perkara ini telah disalah tafsir oleh media.

“Hari sukan negara ini tidaklah diubahkan kepada Malaysia Sport Challenge. Apa yang berlaku adalah, aktivitinya dinamakan pada Bulan Sukan Negara iaitu
Media salah tafsir.  Apabila diberi slot yang sekejap sahaja, memang sukar kedua-dua pihak untuk dapat cerita sebenar. Kadang-kadang pun media ni dia salah tafsir kenyataan dan sebagainya.” – Mohamed Amshar Bin Aziz

Apabila ditanya adakah beliau menyalahkan media berhubung hal tersebut, beliau menafikan begitu.

“Kita tak salahkan media. Sebab seperti biasa, media akan bertanyakan soalan dan YB akan membalas kenyataan apa yang dihasratkan dan kita tidak menyalahkan mana-mana pihak dan ini adalah perkara biasa.” – Mohamed Amshar Bin Aziz

Beliau kemudian menerangkan lebih lanjut mengenai kekeliruan yang timbul berhubung isu ini.

“Hari Sukan Negara adalah sebahagian daripada program Bulan Sukan Negara yang lebih besar dimana didalamnya ada Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada 12 oktober, dan tambahan pula ada pula program Malaysia Sport Challenge yang sebahagiannya.” – Mohamed Amshar Bin Aziz

Ditanya mengenai kenyataan timb menteri sukan yang berkata Malaysia Sport Challenge adalah lebih berprestij, Amshar mendakwa kenyataan Steven ditafsirkan tidak begitu tepat.

“Saya rasa kenyataan YB Timbalan Menteri itu ditafsir secara tidak begitu tepat dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan, ia sebahagian dari program Bulan Sukan Negara, dalam itu ada Malaysia Sport Challenge.

Sesetengah akhbar dia laporkan cara berlainan,  ” – Mohamed Amshar Bin Aziz

IMG_20190823_150906.jpg
Sidang media oleh Ronasina di luar bangunan KBS.

Diminta mengulas bagaimana ada  bantahan dari Dewan Bahasa Dan Pustaka sekiranya laporan disalah tafsir, Amshar meminta soalan tersebut diajukan kepada pihak DBP.

“Kalau begitu kena tanya pihak DBPlah bukan Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian juga sudah keluarkan kenyataan, jadi saya rasa itu sudah cukup” – Mohamed Amshar Bin Aziz

Beliau berkata demikian ketika menerima memorandum bantahan dari sekumpulan aktivis dari Ikatan Warga Malaysia, (IKWAM) yang diketuai oleh Mohd Affandi Ramli atau lebih dikenali sebagai Ronasina di lobi Kementerian dan Sukan petang tadi.

nga nga2.JPG
Ronasina menyerahkan memorandum bantahan kepada setiausaha sulit Syed Saddiq
IMG_20190823_151426.jpg
Sekumpulan aktivis Ikatan Warga Malaysia (IKWAM) memegang memorandum bantahan.

Berikut merupakan isi memorandum bantahan yang diserahkan kepada KBS tersebut:

IMG_20190823_151625.jpg

Memorandum bantahan :

1. Kami sebagai rakyat Malaysia membantah sebarang penukaran sesebuah kempen , program dan sebagainya yang menggunakan bahasa kebangsaan kepada bahasa Inggeris atas alasan dangkal seperti yang dinyatakan oleh timbalan menteri belia dan sukan dalam Bernama.com 21 Ogos 2019, “Saya rasa tiada masalah kerana intipatinya masih lagi Malaysia, penganjurnya Malaysia (kerajaan) dan pesertanya juga orang Malaysia.” di pautan http://bernama.com/bm/news.php?id=1759365
Jika tiada masalah, maka ditegaskan ia tidak perlu ditukarkan.

2. Kita sebagai warganegara Malaysia tidak perlu lagi menyangkal keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang tiada daya maju sebaliknya harus menanam rasa bangga dan menerimanya seperti yang telah lama dipersetujui dalam perlembagaan. Membuang bererti memperlekehkan bahasa kebangsaan dan enggan mengiktirafnya.

3. Kerajaan melalui kementerian-kementerian yang ada wajib menjadi pemula kepada sebarang usaha menyatupadukan rakyat dan bahasa kebangsaan adalah simbol penyatuan yang paling baik. Ia bukan sesuatu yang asing di mana mana negara dalam dunia ini . Kerajaan harus meyakinkan rakyat dengan usaha usaha mengangkat bahasa kebangsaan sebagai identiti nasional .

4. Dalam keadaan suasana rakyat Malaysia resah dengan berbagai isu sensitif menyentuh perpaduan kaum, tindakan Kementerian Belia dan Sukan dilihat tidak membantu malah boleh mencetuskan lebih ketegangan .

5. Kami mendesak agar menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetus ketidakharmonian. Semua anak bangsa Malaysia berhak berasa aman dan tenteram . Bahasa kebangsaan adalah alat komunikasi yang dapat mengukuhkan keharmonian sesama kita.

Sekian, terima kasih.

‘BAHASA KEBANGSAAN BAHASA KITA SEMUA’

Ikatan Warga Malaysia.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.