“Ronnie Liu sabotaj PH, akan dirujuk kepada Jawatankuasa disiplin DAP”- Anthony Loke

Putrajaya, 23 Okt: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kenyataan daripada adun DAP Sungai Pelek,  Ronnie Liu berhubung kritikannya kepada Tun Dr Mahathir dan PPBM dilihat oleh kepimpinan DAP sebagai satu tindakan sabotaj yang serius untuk menjejaskan kestabilan dan memecahkan perpaduan dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya lagi, beliau sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP akan merujuk Ronnie Liu kepada Jawatankuasa Disiplin DAP.

“Kenyataan Ronnie Liu adalah kenyataan peribadinya yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu tidak mewakili pendirian parti DAP. Tiada sesiapa pemimpin dalam Pakatan Harapan termasuk DAP boleh mempersoalkan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan ditubuhkan oleh 4 parti iaitu PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Kita memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 melalui platform Pakatan Harapan.
Ini mandat yang telah diberikan oleh Rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
No single leader from any component parties of Pakatan Harapan should talk about exclusion of any component parties.
This is a very strong message not only to Ronnie Liu but to everyone in Pakatan Harapan. No one should ever try to destabilise Pakatan Harapan. We will never tolerate that.
We are committed to Pakatan Harapan. We want to show our seriousness in upholding the unity of Pakatan Harapan.” – Anthony Loke. 

Semalam, Ronnie Liu dalam satu artikelnya yang disiarkan di Malaysiakini menggelar Tun Dr Mahathir sebagai ‘singa kertas’. Dalam artikel tersebut juga,  beliau turut berkata kerajaan boleh ditubuhkan tanpa memasukan Bersatu.  Selain itu, beliau juga menyelar tindakan Dr Mahathir menerima ahli parlimen UMNO  serta mengkritik isu peralihan kuasa, penggunaan SOSMA, dan Zakir Naik.

Artikel tersebut menyebabkan menteri belia dan sukan, Syed Saddiq yang juga ketua ARMADA Bersatu mengugut akan menyerang DAP dan kepimpinan utamanya sekiranya tiada tindakan diambil ketas Ronnie Liu. Beliau juga mendesak supaya permohonan maaf dibuat oleh adun DAP tersebut .

Menteri Pendidikan. Dr Mazlee pula menyifatkan Ronnie Liu sebagai biadap-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.