Coronavirus: Peta interaktif tunjuk lokasi dilawati pesakit dihasilkan

Singapura, 11 Feb: Seorang jurutera perisian menghasilkan peta interaktif yang menunjukkan penyebaran kes coronavirus yang disahkan dan tempat-tempat yang dilawati pesakit di Singapura.

(Peta tersebut boleh dilawat di sini : https://sgwuhan.xose.net/ )

Peta tersebut dengan jelas menyatakan tempat-tempat yang dilawati pesakit sebelum mendapatkan rawatan di hospital, kini mula tular di media sosial Singapura.

Menurut Business Insider, ia dihasilkan oleh seorang jurutera perisian rakyat Singapura, 32 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ottokyu, nama akaun twitter beliau.

“Laman web ini menerima 20 000 pelawat sehari, kebanyakannya dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Saya mengemaskini peta sebaik sahaja informasi barudiumumkan, yang saya dapati melalui kemaskini dari kementerian kesihatan (Singapura) “ – Ottokyu,

Tambahnya lagi, beliau mencipta peta tersebut untuk menukar kemaskini yang diberikan kerajaan dalam bentuk teks, kepada format visual yang lebih mudah difahami. Ia bertujuan untuk menunjukkan pengguna secara imbas dimana virus tersebut telah tersebar di seluruh negara Singapura.

Kes-kes pada peta dikod dengan 3 warna iaitu merah merujuk kepada kes terbaru, jingga kes sebelum ini, dan putih pula menunjukkan lokasi yang telah dilawati pesakit yang disahkan positif.

Setiap klik pada kes akan memaparkan maklumat yang diberikan kerajaan singapura seperti umur, jantina, kerakyatan, dan lokasi yang dilawati pesakit.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia pula mengumumkan kes terkini di Malaysia meningkat kepada 18 kes.

Berbeza dengan Singapura, KKM tidak mendedahkan lokasi yang dilawati pesakit sebelum dimasukkan ke hospital. -Buletin TTKM-.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.