Eksklusif : Wawancara khas dengan pesakit Covid-19

Seremban, 16 Mac: Ketika negara sedang berdepan dengan jumlah kes Covid-19 yang kini berjumlah 428 kes, seorang pesakit Covid-19, Hamdan Hashmuddin tampil berkongsikan pengalaman beliau berdepan dengan virus tersebut.

Buletin TTKM berpeluang melakukan wawancara khas dengan Encik Hamdan melalui aplikasi FB messenger. Beliau dirawat di Hospital  Tuanku Jaafar, Seremban, 

“Saya ketika ini masih mendapatkan rawatan, tetapi keadaan saya jauh lebih baik berbanding ketika saya mula dimasukkan ke wad” kata Hamdan.

 

Hamdan dimasukkan ke dalam wad di hospital tersebut pada petang Isnin 9 Mac 2020.

Beliau dijangkiti virus tersebut dari kedua ibu bapanya yang terlebih dahulu dijangkiti dalam satu mesyurat GLC.

Tambah Hamdan, kedua ibu bapanya tiada menunjukkan  sebarang gejala jankitan Covid-19.

“Doktor  lebih risaukan saya dari  kedua ibu -bapa saya kerana saya ada simptom dan  dikesan melalui ujian X-Ray. Separuh paru-paru saya dijangkiti dan saya tidak pula jangka akan sembuh cepat begini”

Menceritakan gejala Covid-19,  Hamdan berkata beliau mengalami batuk kering, dengan kesukaran untuk bernafas serta demam.

“Saya batuk kering dengan nafas pendek, benda paling memeritkan. Ia seperti batuk ketika minum air dengan ubat. Sewaktu virus itu menyerang sistem imunisasi saya, ketika itu batuk benak-benar teruk. Kelmarin, batuk paling teruk sehingga perut saya asidik” kata Hamdan.

Ditanya adakah batuk beliau ada beserta dengan kahak, Hamdan menafikan.

“Tiada kahak. Batuk kering” jawab beliau.

Hamdan turut berkata beliau dibenarkan menggunakan telefon bimbit  dan diasingkan dalam satu bilik di mana hanya beliau seorang sahaja ditempatkan dalam bilik tersebut.

“Pihak hospital turut benarkan sekiranya mahu membawa komputer riba. Sebab bilik kita ni, kita duduk seorang sahaja” sambung Hamdan.

Mengenai layanan pegawai hospital, Hamdan berkata beliau berterima kasih kepada mereka kerana sangat berdedikasi.

“Saya memang berterima kasih kepada semua team Doktor dan juruwaat, kerana dedikasi mereka pada tugas. Saya hanya berharap supaya kembali pulih. Layanan mereka terhadap saya semua alhamdulillah, baik.”  kata Hamdan

Menurut perkongsian terbaru Hamdan, hasil ujian pertama kini didapati negatif dan kini beliau sedang menunggu hasil ujian kedua.

Selepas itu, sekiranya negatif juga, beliau akan didiscaj dari hospital.

Oleh kerana keadaannya yang semakin baik, beliau kini dipindahkan ke Hospital Rembau, bagi memberi ruang kepada pesakit baharu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Berikut kami kongsikan catitan pengalaman beliau seperti yang ditulis di facebooknya:

14 Mac 2020, 11.17 pm

” Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid19. Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing dari yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini? Saya terkena jangkitan dari ayah saya yang mendapat jangkitan dari satu mesyuarat bersama GLC.

Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid 19.

Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit covid 19.

Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.

Tolong  jangan panik bukan semua demam selesema atau  batuk tu Covid19. Ini pengalaman saya sendiri.

Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk.

Ya, itu bermakna paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.

Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung..apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.

Sehingga hari ini kedua iabu-bapa saya masih positif namun tiada apa-apa sakit.

Jadi, seseorang mungkin dijangkiti atau positif Covid-19 tetapi tiada apa-apa sakit.

Sementara ada yang melalui pengalaman seperti saya, kesukaran untuk bernafas dan batuk yang sangat perit.

Kepada semua rakan-rakan, jagalah ahli keluarga anada. Pastikan selalu sanitasi dan berada di dalam rumah lagi-lagi ketika keadaan sekarang.  

Hamdan Hashmuddin-

 

16 Mac 12.55pm

Hari ni merupakan hari ke-8. dan kini ditempatkan di Hospital Rembau.

Keputusan  swab tempoh hari telah dilaporkan negatif oleh Doktor  yang menjaga saya di hospital Seremban.

Baru sebentar tadi satu lagi sampel diambil untuk dihantar ke makmal.

Jika keputusan negatif diperoleh, barulah saya dibenarkan untuk pulang berdasarkan maklumat yang diberitahu sebelum ini.

Hamdan Hashmuddin-

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.