Ingkar PKP: Anak Zahid dan suami akan dituduh di mahkamah

Kuala Lumpur, 3 Mei: Anak perempuan presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah kerana ingkar perintah kawalan pergerakan.

Perkara ini disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Huzir Bin Mohamed dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman facebook PDRM malam semalam.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat peguam negara dan telah mendapat arahan untuk menuduh kedua-dua mereka di bawah peraturan 3(1) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (no.3) 2020. Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat”  – Dato’ Huzir Bin Mohamed

Huzir turut menasihatkan orang ramai  agar tidak cuba menimbulkann kegusaran dan persepsi negatif di kalangan masyarakat seolah-olah PDRM tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan perlanggaran ini.

“PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sesiapa pun yang akan terlepas dari sebarang tindakan  sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa jua undang-undang negara.” – Dato’ Huzir Bin Mohamed

Pada 25 April lepas, polis berkata telah membuka kertas siasatan terhadap Nurulhidayah dan Saiful Nizam berhubung dakwaan melanggar PKP.

Siasatan dilakukan selepas Nurul Hidayah memuat naik gambar pertemuan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad dan Timbalan Menteri Alam Sekitar Masrizal Muhammad di akaun Instagramnya pada 20 April.

https://www.instagram.com/p/B_MNxi8nn1P/c/17876114668621679/

Tindakan itu dikritik warganet lalu Nurul Hidayah mencabar  supaya laporan polis  dibuat dalam satu komen pada hantaran tersebut.

“Report la polis tak payah komen sini. Saya sedia bagi kerjasama untuk ambik keterangan dari saya. Saya cabar” – Nurul Hidayah

Capture2

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria masing-masing didenda RM1,000 kerana ingkar PKP. -Buletin TTKM-

94786273_3187320067944945_8554480934051643392_n

95261890_3187320057944946_2445603413984018432_n

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.