Bekas pegawai khas Najib dilantik ketua penerangan BN Selangor.

Oleh : Isham Jalil

Saya telah mendapat maklum melalui satu surat perlantikan bahawa kepimpinan BN Negeri Selangor telah melantik saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Saya terima lantikan ini dengan hati yang terbuka, ia adalah suatu amanah yang akan saya galas demi perjuangan untuk rakyat dan negara.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Negeri Selangor kerana telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas ini, terutama kepada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor merangkap Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Pengerusi MCA dan MIC Negeri Selangor, dan juga Ketua-ketua Bahagian UMNO, MCA dan MIC Selangor serta rakan-rakan seperjuangan di akar umbi dan di UMNO Bahagian Sungai Buloh dan UMNO Cawangan Pekan Sungai Pelong, Paya Jaras ke atas perlantikan ini dan ke atas sokongan dan dorongan kepada saya selama ini.

Tidak lupa juga kepada isteri dan anak-anak serta ibu bapa dan keluarga dan para sahabat, serta pemimpin-pemimpin yang saya hormati yang telah banyak memberikan dorongan, galakan, nasihat dan tunjuk ajar dalam politik kepada saya selama ini terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dengan izin Allah saya akan melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan amanah, ikhlas dan sepenuh hati.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita semua.

Salam,
Isham Jalil
31 Mei 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.